Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penguatkuasa Indonesia ceroboh perairan Malaysia, tangkap dan tembak bot nelayan Sekinchan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penguatkuasa Indonesia ceroboh perairan Malaysia, tangkap dan tembak bot nelayan Sekinchan

Mengetepikan fahaman politik, wakil rakyat Umno dan DAP sama-sama berhimpun bagi membantah tindakan penguat kuasa perairan Indonesia yang didakwa menahan dan menembak kapal nelayan Malaysia.

Malah, bot penguat kuasa republik itu juga dikatakan memasuki perairan negara ini.

Antara hadir dalam perhimpunan di Sekinchan itu termasuk anggota parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim dan pemimpin popular Umno Datuk Jamal Md Yunos.

Mereka dilapor berhimpun kira-kira 30 minit di jeti kawasan itu sebelum mengadakan sidang media bersama selepas itu.

Sekumpulan nelayan tempatan turut menyertai mereka.

Budiman dan Ng sama-sama menaikkan gambar bersama mereka di Facebook masing-masing.

Budiman dalam kenyataan medianya mewakili nelayan menafikan mereka memasuki wilayah Indonesia.

“Kami merasa sangat duka cita dengan tindakan penguatkuasa Indonesia ini kerana ia boleh mengancam nyawa kami sedangkan masih mencari ikan di perairan Malaysia,” kata Budiman.

Mereka juga merancang mendapatkan pandangan pihak Wisma Putera untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ng pula berkata beliau mengutuk keras tindakan itu.

“Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak penguatkuasaan Indonesia menceroboh perairan Malaysia dan menembak bot nelayan Sekinchan.

“Dua bot telah ditangkap (ditahan) oleh mereka,” katanya.

 

Sumber: MK



Sumber Penguatkuasa Indonesia ceroboh perairan Malaysia, tangkap dan tembak bot nelayan Sekinchan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ujJdfY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.