Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Tunggu Debat Nothing 2 Hide Tun Mahathir Dengan RCI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Tunggu Debat Nothing 2 Hide Tun Mahathir Dengan RCI





Perdebatan dan kehebatan sebenar Tun Mahathir Mohamad boleh dilihat nanti apabila beliau diseret bagi menjawab skandal wang milik rakyat yang lesap pada perjudian matawang FOREX.

Tun Mahathir yang tiada rekod berdebat dengan sesiapa pun sepanjang umurnya, kini dengan angkuh mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengannya dalam forum Nothing to Hide 2.0 .

Keberanian Tun Mahathir itu adalah selepas beliau mendapat maklumat daripada `leftenan-leftenan tuanya’ bahawa Najib tidak akan melayan kehendaknya itu.

Sebab itulah Tun Mahathir berani membuat cabaran itu disebabkan political mileage beliau sendiri.

Ketika mahu diadakan perdebatan antara Nazri Aziz dulu pun, Tun Mahathir tidak bersungguh-sungguh untuk menyahut debat itu dan kemudian menggunakan beberapa kaedah pintu belakang untuk membatalkannya.

Banyak cara dilakukan beliau termasuk membuat cerita akan berlaku kekecohan, lalu debat itu terpaksa dibatalkan oleh polis.

Dan semalam, di PWTC segerombolan `lembu’ Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang jahil dan berkemungkinan tidak tahu sejarah Tun Mahathir menyangka mereka telah membuat kerja hebat apabila mahu menyerahkan surat jemputan debat nothing to Hide 2.0 kepada ibu pejabat UMNO.

Kumpulan itu bagaimanapun dihalang oleh sekumpulan Pemuda UMNO. Apa yang menyedihkan mereka yang masih berhingus itu tidak tahu pun idola mereka sepanjang umur 90+ tidak pernah berdebat dengan sesiapa pun.

Apatah lagi jika berdebat untuk menjawab penyelewengannya. Jika surat diterima atau pelawaan diterima, tentu sekali ada pihak tertentu di kalangan Tun Mahathir akan membuat kerja licik untuk membatalkannya.

Ketika Tun Mahathir dicabar debat pada era Anwar Ibrahim pun beliau tidak pernah melayan.

Malah ketika Chegu Bard mempelawa Tun Mahathir naik ke pentas untuk menjawab salah lakunya dulu, beliau telah menempelak Chegu Bard sebagai hanya kucing kurap.
Apa masalahnya jika beliau naik ke pentas dan menjawab soalan Chegu Bard.

Soalan yang mudah oleh Exco Armada mengenai kekayaan anaknya pun tidak dijawab.

Tidak perlu pun diadakan debat Nothing to Hide 2.0 kerana setiap hari Tun Mahathir menyerang Najib. Bukan hanya melalui sidang media, serangan turut dilakukan menerusi blognya.

Jadi ada apa istimewanya yang hanya boleh disebut oleh Tun Mahathir pada Nothing to Hide 2.0, yang tidak boleh disebut pada hari-hari biasa?.

Hakikatnya, gelanggang sebenar Tun Mahathir ialah dalam prosiding RCI mengenai kehilangan wang rakyat.

Berdebatlah dengan panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Pada prosiding itu juga, adakah Anwar akan menjawab sebagai bekas Menteri Kewangan, jawapan sendiri atau atas arahan Tun Mahathir?

Adakah Lim Kit Siang pula akan berbohong mengenai bukunya?

Sesungguhnya inilah permainan tinggi Tun Mahathir, budak hingusan semacam Armada itu hanyalah `barua bawahan’ yang menyangka mereka fisabillilah.

Tulisan:
Beruang Biru
Rabu, BB513
26 Julai 2017

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uwckPd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.