(VIDEO) Tahniah Diana Chan! Resepi Ibu Julang Rakyat Malaysia Muncul Juara Rancangan Masterchef Australia..
Seorang wanita berasal dari Malaysia, Diana Chan telah dinobatkan sebagai juara program Masterchef Australia musim 9 yang berlangsung pada malam Isnin semalam, lapor mStar Online.
Beliau yang kini menetap di Melbourne telah berjaya menewaskan pesaingnya Ben Ungermann sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai A$250,000 (RM850ribu) berserta trofi selain bakal bergelar penulis tetap kolum masakan majalah Delicious.
Semasa pertandingan berlangsung beliau dilihat sebagai pencabar utama di mana hampir setiap episod dia masakannya berjaya mencuri hati juri selain berjaya mengawal situasi dengan baik ketika mengharungi cabaran.
Dalam pertandingan akhir itu, Diana telah menyediakan masakan hasil resepi ibunya sekaligus menjulang namanya sebagai juara Masterchef Australia 9.
Diana yang berasal daripada Johor Bahru telah berpindah ke Kuala Lumpur sebelum membuat keputusan berpindah pula ke Australia sejak 10 tahun lalu.
Selain Diana, seorang lagi rakyat Malaysia yang pernah memenangi pertandingan sama adalah Adam Liaw ketika musim kedua program itu. - Pen Merah Press
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uA1plX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment