Hi! Welcome Back and Stay Tune! PERBETUL PERSEPSI 1MDB DAN BN AKAN RAMPAS SELANGOR, KATA KU NAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PERBETUL PERSEPSI 1MDB DAN BN AKAN RAMPAS SELANGOR, KATA KU NAN

BARISAN Nasional negeri Selangor perlu mengubah persepsi yang dicipta pembangkang terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam usaha untuk memenagi kembali negeri itu, kata Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor.

Menafikan skandal 1MDB masih menjadi isu yang membebankan di hati pengundi di Seangor, Tengku Adnan berkata perkara itu sudah diselesaikan syarikat pelaburan negara itu dan hanya ahli parti yang perlu mengubah persepsi salah masyarakat yang dicipta pembangkang.

“Isu 1MDB sudah selesai. Persepsi yang dicipta adalah untuk mengelirukan pengundi jadi Umno perlu memperbaiki persepsi itu,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Petaling Jaya Utara di Ara Damansara hari ini.

Tengku Adnan dalam ucapannya turut menggesa BN Selangor untuk bekerjasama dengan setiap parti komponen bagi merampas kembali negeri itu daripada pembangkang.

Katanya BN perlu belajar daripada kesilapan ketika tewas kepada pembangkang pada dua pilihan raya umum lalu.

“Kita tewas sebelum ini kerana bermasalah dengan semua pihak, kita ada masalah dengan masyarakat India kerana merobohkan kuil, kita ada masalah dengan masyarakat Cina dan juga Melayu. Kita ada masalah dengan penjawat awam kerana memberikan mereka penyapu sebagai anugerah,” katanya merujuk kepada anugerah penyapu yang kontroversi yang dibuat kepada agensi kerajaan ketika BN Selangor di bawah pentadbiran menteri besar ketika itu Dr Khir Toyo kerana gagal mencapai sasaran penilaian 50% pada 2006.

Pada 2008, BN sekali lagi tewas kepada pembangkang di Selangor dalam tsunami politik di mana parti pembangkang yang dibentuk dengan baik menggoyahkan BN. Parti itu menjangkakan kemenangan tipis, namun gagal.

Tengku Adnan berkata, pengundi Selangor bernasib baik kerana BN masih lagi parti pemerintah kerajaan dan sedang melakukan yang terbaik untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat di Selangor.

“Bayangkan apa yang berlaku sekiranya kita tidak memerintah. Barangkali dewan ini pun pasti kosong,” katanya merujuk kepada keadaan dewan yang penuh dengan kehadiran ahli Umno hari ini.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w28C0A

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.