Kemalangan Maut: Kali menimpa anak kepada seorang ADUN
Anak wakil rakyat Kedah maut kemalangan
Astro Awani | Diterbitkan pada Ogos 12, 2017 20:54 MYT
Aminuddin sedih melihat keadaan mangsa yang meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala selepas kenderaan mereka terlanggar sebatang pokok dalam kejadian petang ini. Gambar Facebook Aminuddin Omar
JITRA: Anak lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Aminuddin Omar, maut dalam satu kemalangan jalanraya di Kilometer 12.7 Lebuhraya Utara Selatan dekat Changloon petang ini.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu, Irfan Aminudin, 20, yang menaiki kenderaan jenis Hilux bersama seorang lagi rakannya, dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Tengku Sarina, Jitra selepas menghadiri satu majlis perkahwinan.
Ketua Operasi Bomba Balai Jitra Che Hisham Che Harun berkata, mangsa yang berada di sebelah tempat duduk pemandu mati serta merta akibat kecederaan parah di kepala selepas kenderaan mereka terlanggar sebatang pokok.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk.
Anggota bomba terpaksa memotong pintu dan tempat duduk bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vuarDb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment