Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘MASIH ADA TALAM DUA MUKA DI PAGOH’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘MASIH ADA TALAM DUA MUKA DI PAGOH’

Talam dua muka! Itulah antara yang diluahkan salah seorang pemimpin akar umbi berhubung kepimpinan dalam Umno bahagian Pagoh yang sedia ada sekarang.

Walaupun sudah lebih setahun Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Umno, menurut Ketua Umno Cawangan Kampung Gelam, Ali Hassan Elias, kepimpinan bahagian itu masih dibayangi bekas timbalan presiden Umno itu.

“Umno Pagoh sebenarnya tidak ada masalah, tetapi kepimpinan bahagian yang ada kini masih dibayangi (pengaruh)‎ Muhyiddin.

“Mereka ada kelompok yang mempertahankan Muhyiddin ketika kami, dari awal lagi berusaha untuk menyingkirkan beliau dari Pagoh,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Bahagian Pagoh, di Pagoh semalam.

Ali Hassan berkata, sebelum ini satu deklarasi dibuat yang turut disokong kepimpinan bahagian Umno Pagoh untuk menyokong Muhyiddin sekali gus menolak kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

“Sebanyak 106 cawangan di sini, hanya tiga cawangan termasuk cawangan saya tidak menandatangani deklarasi tersebut‎.

“Kepimpinan Umno Pagoh yang ada inilah antara yang memainkan peranan melaksanakan deklarasi menyokong Muhyiddin ketika itu,” dakwanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed mengakui sokongan diberikan kepada Muhyiddin yang juga bekas ketua bahagian‎ itu pada peringkat awal.

Bagaimanapun menurutnya, deklarasi itu bagi menunjukkan simpati dan sokongan kepada bekas timbalan perdana menteri itu ‎atas kapasiti sebagai ketua mereka.
“Kita berikan sokongan sebagai rasa kesetiaan kepada ketua ketika itu. Tetapi, selepas beliau dipecat kami perlu pandang ke depan dan meneruskan gerak kerja Umno Pagoh,” katanya.

Tambah Ismail, isu masih dibayangi oleh pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu sepatutnya tidak lagi ditimbulkan.

“Kita perlu pandang ke depan dan bersedia dalam menghadapi pilihanraya akan datang,” katanya yang turut tidak menolak kemungkinan Umno Pagoh akan bertembung dengan Muhyiddin pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

– Mkini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uBYqbR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.