Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘APA ADA PADA NAMA? SEGALANYA!’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘APA ADA PADA NAMA? SEGALANYA!’

Saya tertarik untuk menjawab dakwaan yang dikemukakan oleh sesetengah pihak bahawa konsep Bangsa Johor tidak mempunyai makna yang besar.

Pada mereka, apa ada pada nama sedangkan Islam sudah cukup untuk menjadi identiti dengan sendirinya.

Saya ingin membidas kenyataan dan pandangan tersebut seperti berikut.

Pertama: Islam sendiri mengiktiraf kepelbagaian bangsa dan etnik. Pengiktirafan terhadap kerencaman bangsa, etnik dan kabilah adalah sesuatu yang disebut dengan jelas di dalam Islam melalui surah al-Hujurat ayat 13.

Betapa Allah SWT menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa dan bersuku puak agar kita saling berkenal-kenalan.

Benar, Islam juga tidak sesekali menganggap sesuatu bangsa atau kaum itu lebih mulia berbanding yang lain. Namun, ini tidak bermakna mengangkat nilai dan identiti bangsa itu adalah sesuatu yang dihalang sama sekali.

Malah, dalam kaedah fiqh (fikah) yang melibatkan susunan sumber dalam menentukan hukum-hakam Islam sendiri, bentuk amalan serta budaya sesuatu bangsa iaitu ‘urf turut boleh dijadikan asas dan rujukan, walaupun bukan sebagai sumber undang-undang yang paling kuat.

Lebih penting, Islam juga menyatakan, melalui hadis Rasulullah SAW betapa kecintaan kepada tanah air (watan) itu adalah sebahagian daripada iman.

Jadi, jika Islam (sama ada melalui al-Quran atau hadis Rasulullah SAW) sendiri mengiktiraf kepelbagaian bangsa, menganjurkan kecintaan kepada tanah air, meletakkan amalan dan budaya sesuatu bangsa sebagai asas undang-undang yang sah, mengapa kita pula yang harus menjadi terlalu angkuh untuk menolak dan tidak mahu menerima sesuatu yang diiktirafnya?

Itu penghinaan moral

Kedua: Islam menerima dan mengharmonikan amalan budaya. Kalau kita benar-benar mengkaji sirah, budaya menggunakan tempat asal sebagai sebahagian daripada identiti diri adalah sesuatu yang tidak dihalang oleh Islam.

Ramai sahabat Rasulullah SAW sendiri menggunakan nama tempat asal mereka sebagai sebahagian daripada pengenalan diri. Misalnya, Salman al-Farisi, yang bermaksud Salman dari Parsi.

Adakah ini bermakna sabahat Rasulullah SAW ini mengangkat identiti tempat asal beliau lebih tinggi dan mulia dari identiti Islam? Sedangkan perkara tersebut tidak pun dibantah oleh Rasulullah SAW.

Kita juga harus ingat, dalam bacaan surah al-Fatihah itu sendiri, terdapat tujuh lenggok dan loghat bacaan yang diterima dalam Islam.

Bukankah kedua-duanya – penggunaan nama asal sebagai identiti diri dan penerimaan lenggok bacaan al-Quran yang berlainan itu – merupakan bukti jelas betapa Islam dan identiti bangsa yang bersandarkan tempat asal itu wujud seiringan, harmoni dan serasi?

Ketiga: Penolakan konsep Bangsa Johor boleh dilihat sebagai satu penghinaan moral secara tidak langsung kepada para pejuang yang bermati-matian mengangkat nama tanah air.

Pihak yang menolak konsep Bangsa Johor juga ada yang berhujah bahawa “ia hanyalah jolokan yang tidak lebih daripada sekadar nama. Sedangkan Islam itu lebih besar daripada nama bangsa dan negara. Dan sekalian alam serta seluruh isinya”.

Mendengar pandangan begini, saya tidak boleh lari daripada memikirkan tentang apakah yang akan dirasakan oleh mereka yang selama ini berjuang bermati-matian untuk mempertahankan tanah air.

Apabila hari ini kita dikecam teruk dan dihalang oleh bangsa sendiri untuk berasa bangga dengan tempat asal kita.

Perkara ini bukan sahaja terpakai dalam konteks tempatan. Malah antarabangsa.

Kalau menurut logik sebegini, perjuangan rakyat Palestin yang ingin mempertahankan kedaulatan tanah air mereka itu adalah sia-sia dan mengada-ngada.

Ikatan untuk kebersamaan

Kerana, mengapa mereka harus marah dan berjihad apabila tanah mereka diceroboh dan dirampas? Sedangkan ia hanyalah sempadan geografi yang tidak seharusnya dipedulikan kerana mereka sudah mempunyai Islam sebagai identiti dan hak mutlak.

Bagaimana pula dengan jutaan pelarian Syria? Adakah tidak mengapa untuk mereka tidak lagi mempunyai identiti asal dan bernegara sendiri, selagi mereka mempunyai Islam sebagai satu-satunya identiti dan hak tunggal mereka?

Mungkin tidak mengapa kepada sesetengah pihak. Namun, pada saya, ia adalah suatu tragedi identiti yang menyedihkan.

Keempat: Konsep berbangsa itu adalah manifestasi peradaban dan kemodenan.

Sepanjang sejarah peradaban manusia terdapat terlalu banyak tamsilan yang menunjukkan rumpun manusia berpisah-pisah dan pelbagai telah disatukan atas satu identiti yang bersandarkan tempat asal dan tanah air.

Mereka hadir bersama, membentuk identiti diri, membina organisasi dan bergerak sebagai sebuah komuniti. Atas satu nama, atas satu ikatan.

Dan ia adalah ikatan yang mewujudkan rasa kebersamaan dan penerimaan paling mudah untuk dibentuk dan diraikan. Sekali gus boleh menjadi unsur identiti yang unik dan menarik.

Jadi, andai mereka masih bertanya, ada apa pada nama? Pada saya, segala-galanya!

DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN ialah menteri besar Johor.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xnBzST

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.