Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah PAS dan Azmin mahu jadikan rakyat pening? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah PAS dan Azmin mahu jadikan rakyat pening?

* Kalau pening tu oklah lagi kot, tapi kalau rakyat naik muak akan jadi masalahlah
Kalau PKR lingkup nanti, jangan salahkan rakyat!

Pas tutup pintu rundingan dengan pihak bawa imej PH
27 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE
Pas tidak akan lagi mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana parti atau individu yang membawa imej Pakatan Harapan (PH) menjelang pilhan raya umum ke-14 (PRU14) melainkan menerusi Gagasan Sejahtera, kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali.

“Tak ada lagi sebarang rundingan kerjasama politik untuk pilihan raya dengan mana-mana pihak kecuali menerusi Gagasan Sejahtera. Termasuk atas nama individu sekalipun selagi ia membawa imej PH,” katanya daam kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menegaskan bahawa perbincangan antara PKR dan Pas tidak melibatkan PH.

Menteri Besar Selangor itu juga menegaskan bahawa perbincangan itu bukan merupakan inisiatifnya sendiri, sebaliknya beliau hanya mewakili PKR.

Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, ahli dan pimpinan Pas telah bersedia dari sudut psikologi untuk menyertai PRU14 atas nama Gagasan Sejahtera menentang Umno-BN.

"Moto kita Pas ganti Umno dan Gagasan Sejahtera ganti BN dan PH," katanya.

Biro Politik PKR minggu lalu dilaporkan memberi laluan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin untuk berbincang dengan Pas bagi meneruskan kerjasama politik.

Azmin sebelum ini telah memulakan rundingan tidak rasmi bersama Pas walaupun parti Islam itu telah memutuskan hubungan politiknya dengan PKR berikutan keputusannya pada muktamar parti itu April lalu.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wJts6d

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.