Hi! Welcome Back and Stay Tune! KJ dan Nurul Izzah ketepi politik demi Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KJ dan Nurul Izzah ketepi politik demi Malaysia

Demi Malaysia, KJ dan Nurul Izzah ketepikan politik

MENGETEPIKAN sentimen politik dan kepartian demi Malaysia. Itu sikap ditunjukkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang turut melaungkan sokongan kepada pasukan bola sepak negara di Stadium Shah Alam, malam tadi.

“Tidak ada (perbezaan) parti malam ini, (yang ada) hanya Malaysia,” tulis Khairy menerusi Twitternya.

Tweet itu disertakan dengan sekeping foto bersama Nurul Izzah yang diabadikan sendiri oleh beliau.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin turut kelihatan dalam foto itu.

Momen dirakamkan itu mendapat perhatian netizen termasuk Nurul Izzah sendiri, yang kemudiannya berkongsi Tweet milik Khairy di laman Twitter miliknya.

“Terima kasih untuk perpaduan @Khairykj, perlawanan yang sangat hebat, kita jumpa lagi pada perlawanan akhir,” kata Nurul Izzah menerusi akaun Twitternya pula.

Dalam masa sama, Nurul Izzah menerusi laman Facebook turut mengucapkan penghargaan ke atas kemenangan Malaysia yang bertemu pasukan Indonesia pada separuh akhir perlawanan bola sepak untuk Sukan Sea ke-29, malam tadi.

“Saya ucapkan tahniah buat pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dalam Sukan Sea kerana berjaya meraih kemenangan 1-0 berlawan pasukan Indonesia.

“Saya berpeluang menyaksikan sendiri secara langsung di Stadium Shah Alam tandukan yang dihasilkan oleh Thanabalan yang memberikan kemenangan buat pasukan Malaysia!

“Semoga pasukan Malaysia terus berusaha dan meraih kemenangan di pusingan akhir menentang pasukan Thailand,” tulisnya.

Sentuhan penyerang negara, N Thanabalan pada penghujung masa perlawanan‎ melayakkan skuad bola sepak Malaysia ke pentas akhir selepas menewaskan Indonesia 1-0.

Ia sekali gus meletakkan skuad muda Malaysia itu menjadi pencabar kepada Thailand yang lebih awal mengesahkan tempat ke pentas akhir selepas menewaskan Myanmar 1-0.

 

Sumber: Sinar



Sumber KJ dan Nurul Izzah ketepi politik demi Malaysia

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vsMHg8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.