Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tuduh main politik: Rahim jawab Idris Ahmad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tuduh main politik: Rahim jawab Idris Ahmad

Bukankah mahkamah sudah selesaikan kes mata lebam, soal Rahim Noor
Amin Iskandar, Noel Achariam
Diterbitkan pada 26 Aug 2017 11:00AM
Bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor mempersoalkan kenapa PAS mengungkit lagi kes mata lebam Anwar Ibrahim sedangkan kes itu sudah pun selesai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 26 Ogos, 2017.

BEKAS ketua polis negara Abdul Rahim Noor mempersoalkan kenapa PAS mengungkit-ungkit lagi kes mata lebam Anwar Ibrahim kerana kes itu sudah melalui proses pengadilan di mahkamah dan sudah pun selesai.

Tegas Rahim, kenyataannya berhubung insiden Memali baru-baru ini bukanlah berniat untuk mencampuri urusan politik negara tetapi semata-mata berdasarkan fakta.

"Mengapa PAS timbulkan kes mata lebam? Bukankah perkara ini sudah diselesaikan di mahkamah?

"Kes Memali pun tidak dibawa ke mahkamah," kata Rahim dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insight di Petaling Jaya pada Jumaat.

Rahim membidas Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang meminta bekas ketua polis negara itu supaya “tutup mulut” dan tidak menyalahkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai punca kejadian di Memali.

Dalam perang mulut itu, Idris mengungkit kes mata lebam Anwar setelah dipukul oleh Rahim semasa bekas timbalan perdana menteri itu dalam tahanan polis. Anwar dipecat dari kerajaan dan Umno pada 2 September, 1998 dan ditahan polis pada 20 September berikutnya.

Rahim disabitkan tuduhan di mahkamah dan dihukum penjara dua bulan berserta denda RM2,000 selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman pada April 2001.

Dalam wawancara dengan The Malaysian Insight, Rahim berkali-kali menegaskan beliau bukan orang politik dan bukan juga hendak main politik apabila bercakap mengenai peristiwa Memali, sebaliknya hanya berkongsi pandangan berdasarkan maklumat yang ada pada pasukan keselamatan.

"Kalau nak jadi ahli politik, selepas pencen lagi saya sudah masuk mana-mana parti politik, baik parti yang memerintah atau parti yang baru muncul atau parti yang sudah lama jadi pembangkang.

“Jawapan saya seterang-terangnya hanyalah berdasarkan fakta. Kalau ada pihak ingat saya nak campur politik, saya tiada kuasa untuk menahan (persepsi mereka)," kata Rahim.

Rahim turut membetulkan kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan kononnya beliau cuba menamakan saksi bagi suruhanjaya siasatan diraja itu, kalau nanti ia ditubuhkan oleh kerajaan.

"Saya hanya cerita latar belakang tragedi Memali.

"Saya tak kata siapa harus jadi saksi," kata bekas ketua polis negara dari 1994 hingga 1999 itu.

Takiyuddin dalam kenyataannya mengatakan Rahim "mempamerkan sikap cuba campur tangan" dalam urusan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat peristiwa Memali.

Peristiwa Memali ini kembali hangat selepas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada 20 Ogos lalu menyatakan kesediaan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian 32 tahun lalu itu, sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Dalam insiden pada 19 November 1985 itu, guru agama Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya terbunuh bersama 13 pengikut yang mempertahankannya daripada ditahan polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Empat anggota polis turut terbunuh. – 26 Ogos, 2017.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wS9EwC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.