Permaisuri Johor Dan Rombongan Selamat Tiba Di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah selamat tiba di Kota Kinabalu melalui Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pada jam 3.30 petang Ahad.
Ketibaan Raja Zarith Sofiah (paling kiri) disambut Toh Puan Norlidah (tengah) dan Faridah (paling kanan).
Baginda dijadual merasmikan Persidangan Antarabangsa Malaysian English Language Teaching Association (MELTA) Ke-26 di Hotel Tabung Haji, 28 Ogos ini.
Turut sama dalam penerbangan itu adalah Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suami, Dennis Muhammad Abdullah.
Hadir sama menyambut ketibaan Raja Zarith Sofiah adalah isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni, isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima FaridahTussin dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid. - PENERANGAN
Raja Zarith Sofiah (tengah).
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wSru2J
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment