Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-Ura) CEO Baru Uber Mungkin Diumumkan Seawal Pertengahan Minggu Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-Ura) CEO Baru Uber Mungkin Diumumkan Seawal Pertengahan Minggu Ini

Pencarian CEO baru untuk perkhidmatan tempahan pengangkutan popular, Uber telah berlaku sejak beberapa bulan yang lepas. Walaubagaimanapun, sehingga kini, masih menjadi tanda tanya siapakah yang akan mengetuai syarikat bernilai berbilion ringgi berkenaan.

Sebelum ini, Travis Kalanick telah melepaskan jawatan sebagai CEO pada bulan Jun lepas akibat daripada tekanan para pelabur dan lembaga pengarah. Ini adalah disebabkan oleh sejumlah masalah yang hadir ke syarikat berkenaan, termasuk saman melibatkan teknologi swapandu, masalah skandal gangguan seksual, dan beberapa yang lain.

Beberapa individu dikatakan telah disenaraikan sebagai calon CEO untuk Uber, termasuk antaranya adalah bekas CEO General Electric – Jeff Immelt, selain CEO HP sedia ada, iaitu Meg Whitman. Pada masa yang sama, ia turut dibincangkan adalah tahap penglibatan Travis Kalanick dalam operasi syarikat berkenaan.

Ahli lembaga pengarah Uber dikatakan akan memilih calon akhir pada penghujung minggu ini – dan sekiranya semua berjalan lancar, kita mungkin melihat pengenalan CEO baru untuk Uber menjelang pertengahan minggu ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xE8qSK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.