Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tatau nak gelak atau nak kata apa daa..... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tatau nak gelak atau nak kata apa daa.....

Sekali kata gitu, sekali kata gini
Pemimpin ini kata gitu, yang lain pula kata gini......

Kenapa Hadi sendiri tak jawab. Kenapa orang lain yang tidak dinamakan dalam laporan diam membisu?

Tapi aku rasa lantak dialah nak berunding dan berpakat dengan sape pun sebab PAS memang tidak ada kena mengena lagi dengan Pakatan Harapan, namun yang membuat kita geli gelemannya ialah tindak tanduk Azmin/PKR yang seolah memperlecehkan rakan PH. 

Azmin: Rundingan PKR-PAS tak libatkan HARAPAN

Kalau memang inilah kemahuan PKR, lebih baik PKR belah saja dari PH dan bergabung dengan PAS/Sejahtera

Rakyat tidak pening dan senang buat keputusan untuk memilih dalam PRU14 nanti

PAS ikrar pertahan Selangor
mk  -  Hari ini, 6:30 petang
BN tidak akan dibiarkan berkuasa semula di Selangor dan PAS akan mempertahankan kerajaan di negeri tersebut, kata salah seorang pemimpin tertingginya hari ini.

Langkah itu, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, akan dilakukan beberapa parti yang akan bersama PAS untuk memberi sokongan.

“Mana-mana negeri yang telah kita menangi, kita akan bertanding dan mempertahankan kemenangan," katanya malam kelmarin seperti dipetik Harakahdaily.

Bagaimanapun timbalan presiden PAS itu tidak menamakan parti yang dimaksudkannya atau memperincikan langkah yang akan diambil mereka untuk mempertahankan Selangor daripada BN.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas akhbar Singapura, Straits Times, melaporkan Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hampir setiap hari sejak beberapa bulan lalu.

Akhbar itu menyatakan kedua-dua pemimpin terbabit sering berbual melalui telefon selepas Abdul Hadi selesai menjalani pembedahan jantung Mei lalu.

Pakatan berkenaan, dakwa Straits Times, dibuat untuk menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - negeri yang kini dikuasai PKR, DAP dan Parti Amanah Nagara (AMANAH).

PAS sudah memutuskan hubungan dengan PKR dan menolak sebarang kerjasama dengan DAP serta AMANAH. Bagaimanapun wakil mereka dalam kerajaan negeri kekal sehingga kini.

Komen Tuan Ibrahim itu juga dibuat tiga hari selepas Pesuruhjaya PAS Selangor mengumumkan kesediaan mereka bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"PAS Selangor bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru atau lebih pada PRU ke-14 dan bersedia meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi oleh BN atau Pakatan Harapan (HARAPAN)," kata Sallehen Mukhyi.

Untuk rekod, dua daripada anggota komponen HARAPAN - AMANAH dan DAP - ialah seteru utama PAS, manakala dua parti lagi melengkapkan gabungan itu ialah PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

* Berkaitan: Berjayakah pakatan Umno, PAS tawan Selangor?


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vzKWgi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.