Aksi nakal Rimau tarik perhatian KJ: “Tangan tu rimau”
SIAPA tidak kenal maskot rasmi negara bagi temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Melambangkan semangat sukan membara, maskot comel dikenali sebagai Rimau itu sering muncul di kaca televisyen dan media sosial dengan aksi-aksi yang mencuit hati peminat serta penonton temasya Sukan Sea ke-29 yang sedang berlangsung.
Jika dahulu Rimau ini pernah ‘ditegur’ Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana ditangkap berpelukan dengan maskot singa comel, Nila daripada Singapura, kali ini Rimau sekali lagi meraih perhatian Khairy apabila memuat naik gambar bersama seorang gadis dengan kapsyen nakal.
“Susahnya nak jaga halal ‘gap’ (jurang),” tulis Rimau di ruangan laman rasmi Twitternya, @rimaumalaysia.
Foto aksinya itu mendapat perhatian Khairy yang kemudiannya berkongsi gambar itu beserta komen balas.
“Tangan tu. #Rimau,” ujar Khairy menerusi Tweethandle @Khairykj.
Aksi nakal Rimau turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan telatahnya.
Sehingga semalam Tweet tersebut dikongsi semula oleh 18,807 pengguna Twitter dan meraih 8,252 ‘likes’.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Aksi nakal Rimau tarik perhatian KJ: “Tangan tu rimau”
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wJObXJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment