Hi! Welcome Back and Stay Tune! TPM DEDAH BUKTI SAYANGNYA RAJA SALMAN PADA MALAYSIA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TPM DEDAH BUKTI SAYANGNYA RAJA SALMAN PADA MALAYSIA

Pemerintah Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz al-Saud memang sayang kepada Malaysia dan pemimpinnya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perasaan itu katanya diterjemahkan kepada rakyat negara ini dengan memudahkan perjalanan umat Islam mengerjakan haji.

Berucap kepada rombongan yang akan berangkat ke Tanah Suci hari ini timbalan perdana menteri berkata antara langkah diambil ialah menugaskan pegawai imigresen dan kastam mereka di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya.

Pegawai terbabit jelas Ahmad Zahid akan menguruskan hal berkaitan ketibaan di Arab Saudi.

“Duta (Arab Saudi) telefon saya, mohon visa dengan segera kepada 20 orang pegawai pegawai imigresen mereka untuk berada di Kompleks Tabung Haji bagi urusan cap pas ketibaan. (Kemudahan ini) tidak ada di negara lain.

“Ertinya Raja Salman sayang kepada rakyat dan kepimpinan Malaysia. Itu diterjemahkan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid secara peribadi beliau mengenali Raja Salman dan bagaimana pemerintah itu memberikan Malaysia keutamaan untuk tidak perlu ada (urusan) pelepasan di Jabatan Imigresen (Arab Saudi).

Sebelum ini Bernama melaporkan Arab Saudi memilih Malaysia sebagai negara pertama menjayakan projek perintis prapelepasan jemaah haji yang mengecualikan jemaah daripada perlu pemeriksaan pasport dan kastam setiba di Jeddah dan Madinah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata projek antara kedua-dua kerajaan itu akan dilaksanakan bagi tujuh penerbangan terakhir membawa jemaah negara haji tahun ini.

“Apabila jemaah haji kita sampai di Jeddah dan Madinah, mereka akan terus keluar dari lapangan terbang tanpa perlu menjalani pemeriksaan pasport dan kastam,” katanya.

Seramai 30,200 jemaah Malaysia berpeluang mengerjakan haji tahun ini dan mereka berlepas secara berperingkat sejak 24 Julai lalu dan berakhir esok.

Rombongan itu dijadual pulang ke tanah air mulai 7 Sept hingga 4 Oktober ini.

Ahmad Zahid berkata ada beberapa pihak meremehkan kenyataan Najib mengenai kemudahan berkenaan.

“Selalunya kita meremehkan perkara terbaik untuk kita. Kita sering memandang bintang di langit tetapi kita tidak memandang muka di bumi. Itu silap kita di Malaysia,” katanya bermadah.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w8JxRw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.