Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia menang emas ke-3 acara gimnastik berirama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia menang emas ke-3 acara gimnastik berirama

Amira Sofiya Amirul Fares, Chan Mei Thung, Koh Jei Yi, Tee Wei Qi, Tee Wei Wen dan Thew Yue Jia mengumpulkan 16.050 mata untuk meraih emas ketiga.
gimrama
KUALA LUMPUR: Gimnas negara terus unggul, selepas menghadiahkan emas ke-3 gimnastik berirama acara akhir aparatus tunggal (lima gelung) berkumpulan temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia hari ini.
Amira Sofiya Amirul Fares, Chan Mei Thung, Koh Jei Yi, Tee Wei Qi, Tee Wei Wen dan Thew Yue Jia mengumpulkan 16.050 mata untuk meraih emas ketiga dalam acara gimnastik berirama, menewaskan Singapura yang merangkul pingat perak dengan 14.400 mata dan Filipina memenangi gangsa dengan 10.650 mata.
Amira Sofiya, 16, yang membuat penampilan sulung pada temasya dwitahunan ini berkata, beliau gembira dapat menyumbangkan pingat tetapi masih ada tugasan yang menanti, iaitu merangkul pingat emas untuk acara akhir latihan berkumpulan esok.
“Terdapat sedikit kesilapan dalam rutin kami tadi tetapi kami tetap lakukan yang terbaik untuk memastikan kami dapat merangkul emas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pingat.
Terdahulu, skuad gimrama merangkul emas kedua – acara berirama individu keseluruhan melalui Koi Sie Yan dan perak dirangkul Amy Kwan Dict Weng dalam acara yang sama.
Semalam, Malaysia menyumbangkan emas pertama acara berirama berpasukan dalam temasya dwitahunan itu. - FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2017/08/malaysia-menang-emas-ke-3-acara.html

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.