Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bangunkan Infrastruktur Jalan Raya Bagi Kawasan Aruk & Biawak - Konsulat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bangunkan Infrastruktur Jalan Raya Bagi Kawasan Aruk & Biawak - Konsulat


KUCHING: Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kuching, Jahar Gultom mencadangkan pembinaan infrastruktur jalan raya di sempadan Republik Indonesia (RI) bagi kawasan Aruk (Indonesia) dan Biawak (Malaysia).

Menurutnya, seperti yang dikatakan kerajaan Republik Indonesia menerusi Presidennya Joko Widodo (Jokowi) pembangunan Indonesia harus bermula daripada perbatasan.

“Jadi Presiden ketujuh (Jokowi) telah membangunkan perbatasan Indonesia iaitu ada tiga titik dengan Sarawak di Antikong, Aruk dan Nanga Badau.

“Dalam waktu terdekat ini, selain Entikong, pemerintah Indonesia melalui saya bercadang untuk membuka Aruk dan Biawak bagi kemudahan tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, infrastruktur jalan raya sangat di perlukan khususnya buat warga Indonesia yang berada di Sambas.

“Ramai mereka yang mahu pegi ke Kuching, bahkan dari Kuching ingin ke luar negeri, mungkin lebih mudah jika mereka terus ke Kuching melalui Aruk untuk ke Kuching dan juga ke luar negeri.

“Jadi saya kira ini adalah kelebihan daripada kedua-dua negara yang dekat dan bekerjasama. Ini akan kita tingkatkan dengan lebih baik dalam hubungan ekonomi, perdagangan dan juga dalam hubungan kerjasama dari pelbagai lapangan,” ujarnya.

Jahar sebelum itu merasmikan upacara Pengibaran Bendera Indonesia sempena Peringatan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-72 tahun di Pejabat Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kuching, Jalan Stutong hari ini. - Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v3Na7r

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.