Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bintang PSG Hampir Sertai Juventus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bintang PSG Hampir Sertai Juventus


Pemain tengah Perancis, Blaise Matuidi semakin hampir menyertai Juventus, yang bersetuju membayar Paris Saint-Germain 20 juta euro (RM101 juta) termasuk bonus, apabila menjalani pemeriksaan perubatan semalam.

Matuidi, yang menang empat kejuaraan liga berturut-turut bersama PSG, disambut beribu-ribu peminat tegar ketika tiba di lapangan terbang Caselle, Torino semalam sebelum menjalani ujian perubatan.

Dia dijangka menandatangai kontrak yang akan menyaksikan pemain berusia 30 tahun itu menerima 3.5 juta euro (RM17.7 juta) semusim, menurut laman web Gazzetta dello Sport.

Pemain tengah bertahan itu, dikenali kerana kehebatannya memegang bola serta keupayaannya merampas semula pegangan bola, sudah lama menjadi sasaran Juventus.

Juventus mengesahkan perpindahan itu apabila mengepos satu gambar dalam laman web mereka Matuidi yang tersenyum ketika tiba untuk menjalani ujian.

Dijangka menjadi pembelian kesembilan Juve musim ini berikutan kehadiran antaranya Douglas Costa (Bayern Munich), Mattia Di Sciglio (AC Milan), Federico Bernardeschi (Fiorentina) dan penjaga gol Wojciech Szczesny (AS Roma), kehadiran Matuidi disambut baik bakal rakan sepasukannya Paulo Dybala.

Pemain kebangsaan Argentina itu, yang menjaringkan gol pertama musim ini ketika kalah 2-3 kepada Lazio pada aksi Piala Super baru-baru ini, menulis dalam akaun Twitternya: “Selamat datang @MATUIDIBlaise.”-AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wbMpOR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.