BN MELAKA PERTIMBANG CALON BARU DI SEMUA DUN
BN Melaka diminta menyenaraikan calon baru untuk setiap kerusi dewan undangan negeri (DUN) untuk dipertimbangkan bagi mewakili parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata ekoran keputusan itu beliau difahamkan ada sesetengah kawasan bakal mengemukakan sehingga lapan nama kepada pimpinan negeri.
Idrsi yang juga pengerusi BN Melaka menganggap perkembangan berkenaan sebagai sesuatu yang sihat.
Bagaimanapun katanya keputusan akhir nama calon yang akan dipilih mewakili BN akan diputuskan kepimpinan tertinggi parti.
Memetik Idris Sinar Harian melaporkan langkah mengarahkan nama baru untuk disenaraikan sebagai calon pada PRU akan datang dibuat kerana ada beberapa wakil rakyat sedia ada memberitahu niat mereka enggan dicalonkan semula.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v8pqlJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment