SPRM, SIASAT ZAHID ISU RM230 JUTA
Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi cukup berat.
Mempunyai RM230 juta ketika berjawatan ketua Pemuda Umno sekitar 1996 merupakan suatu kekayaan yang amat luar biasa.
Malangnya setelah tiga hari berlalu, Zahid masih lagi belum dipanggil mana-mana badan penguatkuasa bagi tujuan siasatan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelum ini agresif terhadap “bilis-bilis” rasuah kelihatan lambat bertindak.
Bahkan ia seakan-akan cuba mengelakkan diri daripada mengambil langkah susulan apabila jawapan “tiada komen” diberikan timbalan ketua pesuruhjaya (pengurusan dan profesionalisme) SPRM Datuk Mohamad Jamidan Abdullah.
Di benak masyarakat awam, keberadaan RM230 juta dalam akaun Zahid — sebagai mana yang didakwa Dr Mahathir — perlu disahkan sama ada benar atau tidak.
Jika benar, siasatan lanjut perlu dibuat dari mana dan mengapa Zahid memperoleh wang sebanyak itu. Kita yakin bahawa Zahid tidak seperti Najib untuk beralasan bahawa dana tersebut berpunca daripada “derma pak Arab”.
Paling mudah untuk kerja SPRM sekarang adalah memanggil Dr Mahathir sendiri, kalau mereka takut hendak memulakan siasatan dengan memanggil seorang yang masih bergelar timbalan perdana menteri.
Pendek kata, SPRM tetap perlu siasat dakwaan ke atas Zahid. Jika terus-terusan mengelakkan diri, SPRM hanya mengesahkan persepsi awam bahawa badan tersebut sebahagian daripada aparat pemerintah.
– Malay mail
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vDzipf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment