Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rambut Dipotong Tanpa Sedar, Misteri 'Tocang' Rambut Hilang Kini Hantui Wanita India.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rambut Dipotong Tanpa Sedar, Misteri 'Tocang' Rambut Hilang Kini Hantui Wanita India..


Misteri rambut dipotong tanpa disedari semakin menjadi jadi di India. Insiden ini menyebabkan pihak polis berdepan kesukaran menyelesaikan misteri berkenaan.


Lebih 50 wanita di utara India mendakwa rambut mereka dipotong tanpa disedari dan menyebabkan mereka kini berada dalam keadaan trauma.



Menurut seorang suri rumah berasal dari Bhimgard Kheri, daerah Gurgaon, Sunita Devi, 35, terdapat cahaya kilat dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri sebelum rambutnya dipotong.

"Saya tidak boleh tidur dan buat apa-apa. Saya ada baca tentang insiden ini yang berlaku di Rahasthan dan tidak menyangka ia terjadi kepada saya pula," katanya.



Laporan misteri tukang gunting pertama kali dilaporkan awal Julai lalu di Rajasthan dan satu kejadian sama turut berlaku di Haryana dan New Dehli.

Jelas Sunita, pelakunya adalah seorang lelaki tua berpakaian warna cerah.


"Saya bersendirian di tingkat bawah rumah dan menantu serta cucunya berada di tingkat atas semasa serangan pada jam 9.30 malam itu," ujarnya.

Namun, jelas Sunita, keluarganya tidak mendengar atau melihat apa-apa ketika kejadian berlaku.



Sementara itu, tidak seberapa jauh, Asha Devi juga kehilangan rambutnya dalam serangan sama pada hari berikutnya namun, penyerangnya pada hari itu dilaporkan seorang wanita.

Jelas bapa mertua Asha Devi, Suraj Pal, setelah kejadian itu, dia menghantar Asha dan ahli keluarga yang lain di Pradesh.

"Mereka sangat takut selepas serangan itu, saya menyuruh mereka tinggal di sana beberapa minggu, ada ketakutan dalam masyarakat," katanya.


Menurut Pal, dia berada di rumah ketika Asha Devi keluar untuk menyelesaikan tugas rumah tangga sekitar jam 10 malam.

"Rambutnya dipotong dan dilemparkan ke lantai," katanya.

Katanya, Asha hanya sedar selepas satu jam dan memaklumkan, seorang wanita menyerangnya.

"Dia beritahu saya, semuanya berlaku kurang dari 10 saat," katanya


Jurucakap polis Gurgaon, Ravinder Kumar berkata, aduan berkenaan sedang disiasat.

"Ini adalah kes pelik. Kami tidak menemui sebarang petunjuk pada unsur jenayah.

"Ujian perubatan mangsa juga tidak menunjukkan apa-apa yang tak normal," akhirnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wjdiNy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.