Duterte Tawar Ganjaran RM171,000 Bunuh Polis
MANILA: Presiden Rodrigo Duterte, semalam mengumumkan ganjaran bernilai AS$40,000 (RM171,000) hidup atau mati bagi setiap anggota polis yang dituduh membantu ahli politik yang dikaitkan dengan dadah.
Beliau juga menyatakan mereka sebaiknya dibunuh.
Desakan bagi pegawai polis membunuh rakan mereka adalah kenyataan terbaru dikeluarkan Duterta dalam kempen memerangi dadah kontroversi, yang sudah meragut ribuan nyawa, dan dikeluarkan sejurus selepas bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson.
Duterte membuat tawaran itu ketika berucap di ibu pejabat polis, menawarkan jumlah berkenaan untuk jumlah pegawai tidak dinyatakan yang didakwa membantu Datuk bandar yang maut dalam operasi antidadah pada 30 Julai lalu.
"Kepala setiap pegawai itu ada ganjaran, saya mengumumkan dua juta peso satu kepala dan kamu bebas memburu mereka.
"Saya akan pendekkan ucapan supaya kamu ada peluang memperoleh dua juta peso yang diperuntukkan untuk si bodoh itu," katanya.
Duterte menambah, ganjaran akan dibayar jika anggota polis terbabit ditemui 'mati atau hidup' tetapi lebih baik 'mati'. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vQpwA3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment