WhatsApp Memulakan Pembangunan Ciri WhatsApp Payments
WhatsApp Messenger, salah satu aplikasi permesejan popular yang kini dimiliki oleh Facebook – telah pun mengumumkan beberapa bulan lepas yang mana mereka akan mengintegrasikan ciri bayaran pada aplikasi mereka. Kini, kod-kod pembangunan awal untuk apa yang dipanggil sebagai WhatsApp Payments telah mula dilihat pada aplikasi beta Android untuknya.
Dijumpai oleh WABetaInfo, ia memperlihatkan WhatsApp Payments akan menyokong kemudahan pemindahan wang secara UPI.
Selain ciri pembayaran ini, WhatsApp juga sedang membangunkan ciri WhatsApp Business – yang membolehkan jenama, organisasi dan perniagaan mempunyai akaun WhatsApp untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka.
Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah WhatsApp akan memperkenalkan WhatsApp Payments ini. Ia dijangka diuji di India terlebih dahulu – dan mungkin mengambil masa sebelum diperkenalkan pada peringkat global.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2usj9Ti
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment