‘Hanya tengok baby bump, semudah itu ke lelaki boleh terangsang?’
Walaupun mengandung, adalah wajib seorang wanita muslim menjaga atau menutup auratnya kerana semasa mengandung, semua bahagian badan naik seperti punggung, perut, lengan, dada. Sebab itu kena pakai pakaian yang betul-betul longgar dan tudung yang menutupi dada.
Tambahan pula, wujudnya golongan lelaki yang mudah ghairah melihat susuk badan wanita hamil. Mungkin perkara ini bagi sesetengah wanita, ‘remeh’ sahaja. Namun, Puan Nurul Azni Md Yusof ada penjelasannya.
“SEMUDAH itu ke lelaki boleh terangsang? Hanya tengok baby bump pun?” seorang rakan telah menghubungi saya melalui WhatsApp dan bertanyakan soalan ini.
Beliau juga mengirimkan keretan dari laman web UZAR daripada kiriman pembaca lelaki yang berbunyi:
“Orang lelaki boleh naik nafsu untuk seks adalah pada bila-bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja. So, korang kena jaga betul-betul bila berurusan dengan orang lelaki.”
Honestly and truely the answer is yes.
“Kena tegas? Tak boleh senyum?” rakan tadi bertanya.
Tidak perlu sampai begitu. Kita sebagai perempuan berurusan sahaja seperti biasa. Tanpa perlu melunakkan suara apatah lagi bahasa badan yang menggoda. Dalam biasa itu juga kita perlu berjaga-jaga, mungkin ada masa kita tidak perasan dengan pergerakan kita. Bagaimana kita duduk, membongkok, berjalan, mencapai barang di tempat tinggi dan macam-macam lagi. Boleh saja suka dilihat oleh lelaki.
Barangkali ada yang berbunyi, “Macam itu pun boleh suka?”.
Hati orang bukan boleh diteropong dan diintai. Sebagaimana kita sukar menjelaskan kenapa kita suka dan tertarik dengan seseorang itu, begitulah juga. INi kerana kita ini perempuan memang sentiasa indah di mata lelaki. Walaupun kita rasa kita ini tidak seindah mana.
Semasa berada di universiti dulu, ada terbaca pengakuan seorang lelaki bujang di satu laman web tentang betapa seksanya dia menahan nafsu dengan cara pemakaian perempuan. Sehingga satu tahap, memang sakit kepala kerana tidak boleh dilepaskan. Maka lelaki berkenaan memohon agar kaum perempuan menjaga pakai, jaga kelakuan dan lain-lain.
Semasa ber-LDK dalam TOT untuk satu program universiti, seorang kawan perempuan bertanya kepada kawan lelaki dalam kumpulan kami tentang apa yang pertama kali lelaki suka tengok pada perempuan. Dengan jujur dan segan-segan (sebab kena paksa), dia memberitahu kami semua. Bila berhadapan, yang mula-mula menjadi tarikan adalah buah dada dan sekiranya di belakang, adalah punggung.
Ketika itu walaupun tudung yang saya pakai memang melepasi paras yang sepatutnya, masih terasa nak tarik-tarik ke bawah lagi.
Sekiranya perempuan nampak apa yang lelaki nampak, pasti setiap perempuan akan keluar dalam keadaan berselimut. Suami secara jujurnya mengatakan ketika kami berbincang tentang hal ini. Betapa indahnya Islam dalam melindungi kita sebagai wanita. Semuanya kerana Allah sangat menyayangi kita. Perintah menutup aurat sama sekali bukan untuk menyusahkan, bukan tentang baby bump sahaja.
Ya Allah, ampuni kami yang sering culas menjaga amanah ini. Ya Ghaffur, ampunkan wali kami (ayah, abang, adik lelaki) dan suami kami sekiranya mereka terlupa menegur kami. Mungkin saja kerana kedegilan kami sendiri.
Ya Rahim, bantu kami menjadi khairunnisa (sebaik-baik wanita) yang dilengkapi dengan khairatun hisan (sebaik-baik akhlak) dan menjadi qurratun a’yun (penyejuk mata) keluarga kami. Biarlah tangan yang menghayun buaian ini bisa menggegarkan dunia dengan perkara-perkara yang Engkau cinta bukan sekadar yang kami suka.
Peringatan untuk diri sendiri. Semoga bermanfaat. Mohon maaf. Salam dhuha 11111438.
Bukan siapa-siapa.
Via: TR
Sumber ‘Hanya tengok baby bump, semudah itu ke lelaki boleh terangsang?’
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vItz0Y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment