Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lesen Khas Umrah Berkuat Kuasa 1 Oktober - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lesen Khas Umrah Berkuat Kuasa 1 Oktober



KUALA LUMPUR – Berkuat kuasa 1 Okt depan, hanya agensi pelancongan yang mempunyai ‘Lesen Khas Umrah’ dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dibenarkan mengendalikan pakej umrah.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) kementerian itu, Nor Hayati Awang berkata ia bagi membolehkan pihak berkuasa memantau secara komprehensif agensi pelancongan terbabit bagi membanteras kes penipuan pakej umrah.

“Hanya syarikat milik orang Islam sahaja yang boleh terlibat dalam pengendalian pakej tersebut. Sekarang ini, kita tiada lesen khas untuk pengendali umrah… ini penting bagi mengelak orang ramai tertipu,” katanya kepada pemberita pada Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Pakej Umrah/ Ziarah dan Hak Kepenggunaan di sini hari ini.

Katanya, mengikut rekod kementerian, terdapat kira-kira 500 syarikat aktif dalam pengendalian pakej umrah dan 96 kes penipuan pakej umrah dilaporkan membabitkan syarikat berlesen dan tidak berlesen sejak 2012 sehingga Julai 2017 berdasarkan statistiknya.

Statistik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada tempoh yang sama pula menunjukkan terdapat 3,656 kes dengan nilai tuntutan berjumlah RM22.615 juta di Tribunal Tuntutan Pengguna manakala Polis Diraja Malaysia turut merekodkan 281 kes penipuan pakej umrah/ haji dengan nilai kerugian RM10.771 juta. – BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vpogkh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.