Hi! Welcome Back and Stay Tune! Raja Dangdut Cabar Undang-Undang Pilihan Raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Raja Dangdut Cabar Undang-Undang Pilihan Raya



JAKARTA – Raja Dangdut Indonesia Rhoma Irama menfailkan bantahan terhadap undang-undang berkaitan kuota kelayakan pencalonan bagi jawatan presiden dan naib presiden Indonesia di Mahkamah Perlembagaan di sini.

Media-media tempatan hari ini memetik Ketua Umum Partai Islam Damai Aman (IDAMAN) itu mencabar Pasal 222 Undang-undang pilihan raya umum (Pemilu) yang mengenakan syarat ambang batas pencalonan presiden dan wakil presiden dan Pasal 173 ayat (1) dan (3) mengenai kelayakan parti politik menyertai Pemilu oleh Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU).

Beliau berkata, partinya telah membuat keputusan mencalonkan dirinya sebagai presiden republik itu pada pilihan raya akan datang dan undang-undang berkenaan telah menafikan hak rakyat untuk secara bebas menawarkan diri bagi merebut jawatan pemimpin negara.

Kerajaan baru-baru ini menguatkuasakan syarat kuota minimum 20 peratus kerusi atau 25 peratus suara sah nasional bagi mana-mana parti politik yang ingin mengajukan calon presiden pada pilihan raya umum 2019.

Undang-undang itu diluluskan Parlimen walaupun mendapat bantahan beberapa parti politik dan Presiden Joko Widodo dalam kenyataannya berkata mana-mana pihak boleh membantah undang-undang itu dengan mencabarnya di mahkamah.

Rhoma berkata undang-undang itu dinilai tidak relevan kerana Pemilu 2019 dilaksanakan secara serentak dengan pemilihan anggota Parlimen, Dewan Rakyat dan Dewan Daerah.

“Pembatasan ini menutup hak konstitusi rakyat untuk memilih presiden yang mereka inginkan. Kalau mengajukan semakan kehakiman harus memenuhi syarat dari segi undang-undang kan. Dalam hal ini Partai Idaman mempunyai memenuhi syarat dari segi undang-undang kerana mencalonkan ketua umumnya,” kata beliau.

Katanya Pasal 173 Undang-undang Pemilu itu bersifat diskriminatif kerana parti politik yang baru diwajibkan ikut proses penentusahan untuk menyertai Pemilu 2019 manakala parti yang telah menyertai Pemilu 2014 dikecualikan daripada syarat berkenaan.

Rhoma menubuhkan Parti Idaman pada tahun 2015 dan hanya mendapat kelulusan pendafaran pada Disember tahun lepas dan belum menyertai sebarang pilihan raya lagi.

Katanya pasal itu juga bercanggah dengan Pasal 26E Undang-undang Dasar Negara 1945 yang menyebut Pemilu dilaksanakan secara langsung, umum, jujur dan adil.

Rhoma sebelum ini terkenal dengan kelebihannya menyampaikan mesej politik dan muzik dangdut dan membantu Parti Persatuan Pembangunan dalam kempen pilihan raya.

Beliau pernah dikenakan larangan untuk menganjurkan konsert dan tidak dibenarkan muncul dalam televisyen pada zaman pemerintahan Orde Baru kerana dikatakan menolak tawaran untuk menyertai parti Golkar pada tahun 1977.

“Judi” adalah antara lagu popular Rhoma pada tahun 1980-an dan turut mendapat sambutan di Malaysia. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wLdvbP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.