Rumahtangga Hafiz Hamidun, Joy Revfa bergolak?
Dengar khabar yang rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa bergolak. Joy juga mengaku ramai bertanya mengenai status perkahwinannya buat masa ini
Enggan mengulas lanjut, Joy memberitahu bagaimanapun kesibukan kerja membuatkan hubungan mereka sedikit renggang.
“Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga).
“Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk.
“Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Tiga hari lalu, usahawan kosmetik itu seolah-oleh memberi bayangan mengenai pergolakan dalam rumah tangganya menerusi muat naik video lagu Despacito yang dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi wanita dalam bahasa Melayu.
Antara lain, lirik lagu itu berbunyi: “Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu.”
Video berkenaan diiringi dengan status berbaur sedih, ‘Seharusnya…lebih baik bersabar dari terburu-buru dan terus keliru..’
The post Rumahtangga Hafiz Hamidun, Joy Revfa bergolak? appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wwoE0R
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment