Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Takziah Pas, kami ahli Pas dukacita” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Takziah Pas, kami ahli Pas dukacita”

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa partinya telah diperdaya dalam isu ‘penjelasan 1MDB’.

Mahfuz Omar

Rentetan itu, Mahfuz berkata, beliau hanya boleh menzahirkan ucapan takziah kepada partinya itu.

“Di mana rasionalnya plan rasionalisasi 1MDB yang membuatkan parti saya (Pas) berasa ‘puas hati’ itu?

“Dalam hal ini, tiada apa yang dapat saya katakan melainkan saya ingin mengucapkan takziah kepada Ustaz Tuan Ibrahim dan parti saya yang terang-terang diperdayakan oleh ‘ahli silap mata’ sedangkan hakikat sebenar skandal 1MDB ini amat jauh lagi jalan penyelesaiannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, pimpinan tertinggi Pas yang diketuai oleh Tuan Ibrahim bertemu dengan Arul  bagi mendengar penjelasan daripadanya mengenai isu 1MDB.

Di akhir pertemuan dilaporkan Pas berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu tersebut.

Tuan Ibrahim sebelum ini dipetik berkata, pihaknya menerima penjelasan oleh Arul mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan beliau bagi mengatasi kemelut 1MDB.

Bagaimanapun katanya, Pas melihat ada keperluan untuk parlimen memantau aset 1MDB yang diambil alih Kementerian Kewangan.

Justeru, Mahfuz berkata, beliau turut mahu mengucapkan ‘tahniah’ kepada Arul Kanda Kandasamy dan ‘pakar ekonomi’ yang turut serta dalam pertemuan meja bulat itu kerana berjaya meyakinkan Tuan Ibrahim dan partinya sehingga rasa berpuas hati dengan langkah-langkah pemulihan 1MDB yang sedang dilaksanakan sekarang.

“Skandal 1MDB yang disimpulkan sebagai ‘nasi sudah menjadi bubur’ itu amat jijik dan meloyakan rakyat kerana bubur yang terhasil itu sudah basi akibat ketidaktahuan tentang selok belok peralatan yang menjadi penyebabnya,” katanya.

Katanya lagi, rakyat seluruh negara termasuk beliau dan ahli-ahli Pas seluruh negara dukacita apabila pimpinan partinya sedang dilihat oleh rakyat Malaysia sebagai ‘tukang cuci najis’ 1MDB.

“Kenyataan ‘Pas puas hati plan rasionalisasi 1MDB’ bukanlah satu solusi sebaliknya menyebabkan rakyat sakit hati pada Pas dan menjadi bahan ketawa peminat lawak jenaka sampai tak kering gusi,” katanya.



Sumber “Takziah Pas, kami ahli Pas dukacita”

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wxes8i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.