9 Tanda Anda Tidak Akan Jadi Kaya Selama-Lamanya!
Siapa yang tak nak jadi kaya? Sekarang ni semuanya perlukan duit. Semuanya naik harga. Kalau dulu RM50 tu boleh beli macam-macam, sekarang ni macam duit habis macam air.
Tapi, bukan senang nak jadi kaya. Kena disiplin, rajin usaha sebab duit tu bukan jatuh dari langit.
Anda kena tahu, 9 tanda ini menunjukkan yang anda tidak akan jadi kaya sampai bila-bila!
1. Anda menyimpan tapi tak ada sumber pendapatan lain
Kenapa orang kaya, makin kaya? Jika anda menyimpan duit tetapi tak ada sumber pendapatan lain, sampai bila-bila pun anda tak akan kaya. Dengan duit simpanan tu labur modal untuk menjana pendapatan lain.
2. Anda belum mula melabur
Salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan lebih banyak wang dari masa ke semasa adalah dengan melabur. Masa mula-mula kerja dah kena melabur. Lagi cepat, lagi bagus.
3. Anda terlalu selesa dengan gaji sekarang
Ramai yang takut untuk bekerja sendiri dan lebih selesa dengan makan gaji. Bukan itu je, ada yang masih selesa dengan sekarang yang hanya cukup-cukup makan je.
4. Anda beli sesuatu yang anda tak mampu
Jika anda membeli sesuatu yang jauh dari kemampuan anda, memang anda tidak akan jadi kaya. Sebab apa? Orang kaya hanya mementingkan keuntungan, bukan membeli sesuatu hanya untuk menunjuk.
5. Anda mengejar impian orang lain, diri sendiri entah ke mana!
Jika anda ingin berjaya, lakukan apa yang anda suka dan bukan mengejar impian orang lain. Sebagai contoh, bila mak ayah suruh jadi doktor, anak kena ikut walaupun tak suka. Akhirnya hidup entah ke mana.
6. Anda tak berani keluar dari ‘gua’
Jika anda inginkan kekayaan, berjaya, dan maju dalam hidup, anda perlu keluar dari zon selesa. Orang kaya dan berjaya tidak takut untuk mencuba sesuatu dan tidak takut untuk gagal.
7. Anda tidak mempunyai matlamat dengan wang anda
Duit tidak akan datang dengan mudah dan anda perlu bekerja keras. Jadi anda perlu mempunyai matlamat dan pelan kewangan untuk capai apa yang anda inginkan.
8. Anda berbelanja dulu & simpan kemudian
Jika anda belanja dan simpan kemudian, ada kemungkinan anda tidak akan menyimpan kerana ‘terbelanja’ duit tersebut. Jadi, simpan dulu kemudian barulah belanja. Baru tak menyesal!
9. Anda terlalu negatif & anggap jadi kaya tu susah
Ramai yang anggap menjadi kaya adalah satu keistimewaan yang diberikan kepada mereka yang bertuah je. Sikap negatif membuatkan seseorang itu tidak akan jadi kaya sampai bila-bila.
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hLEWPU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment