Perhatian Terhadap Yen dan Swiss Franc Berkurangan, Tumpuan Kembali Kepada Dolar
Dolar meningkat berbanding matawang lain hari ini berikutan permintaan terhadap Swiss franc dan yen berkurangan selepas sentimen risk-off menguasai pasaran semalam.
“Pasaran hari ini mencari arah yang lebih jelas selepas pergerakan mendadak pada hari Rabu kerana keadaan geopolitik telah menguasai fikiran para pelabur untuk masa akan datang”, kata Esther Maria Reichelt, penganalisa forex di Commerzbank di Frankfrut.
Indeks dolar US meningkat 0.27% kepada 93.66 selepas berada di paras terendah 15 bulan lalu pada 2 Ogos lalu.
Swiss franc (CHF) dan yen (JPY) melonjak naik berbanding dolar semalam selepas Presiden Amerika Donald Trump mengancam Korea Utara dengan “api dan kemarahan”. Kemudian Korea Utara membalas dengan menyatakan kesediaan mereka melancarkan peluru berpandu ke arah pangkalan tentara Amerika di wilayah Amerika Pasifik, Guam.
Kedua-dua matawang ini sentiasa menjadi perhatian jika berlakunya tekanan geopolitik atau tekanan kewangan dunia. Antara puncanya adalah kedua-dua negara ini mempunyai lebihan akaun semasa yang tinggi. Jepun adalah pemberi kredit terbesar di dunia dan ada tanggapan jika berlaku sebarang ketidaktentuan pada pasaran dunia, para pelabur Jepun akan mengambil semula semua pegangan pelaburan asing mereka.
Matawang Euro pula susut 0.34% kepada $1.1719 berbanding dolar. Euro telah turun sebanyak 1.2% sejak 2 Ogos selepas mencapai paras tertinggi dua setengah tahun yang lalu.
The post Perhatian Terhadap Yen dan Swiss Franc Berkurangan, Tumpuan Kembali Kepada Dolar appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vHVcr7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment