Disengat ratusan tebuan ketika bermain depan rumah, adik dan kakak tak dapat diselamatkan
DUNGUN: Seorang lagi mangsa sengatan tebuan meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama 24 jam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, awal pagi tadi.
Irdina Batrisyia Abdul Wahab Al Hadi, 8, menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Zuriati Abdul Ghafar, 35, di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), kira-kira jam 2.30 pagi tadi.
Kelmarin, adiknya, Iffriah Darwisah, 3, meninggal dunia di Hospital Dungun kira-kira jam 10 malam akibat sengatan tebuan.
Datuk saudara mangsa, Sudin Ibrahim, 49, berkata Irdina dimasukkan ke ICU kelmarin selepas keadaannya bertambah kritikal.
“Doktor sudah berusaha sedaya-upaya tetapi Irdina tidak dapat diselamatkan.
“Selepas adik, kakak pula,” katanya di sini, pagi ini.
Katanya, jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Batu Tiong di sini, untuk dikebumikan.
Dalam kejadian kelmarin, Irdina dan Iffriah diserang ratusan tebuan ketika bermain di depan rumah mereka kira-kira jam 6.30 petang.
Abang mangsa, Izzat Al Haziq, 6, sempat melarikan diri dan memaklumkan kejadian kepada ibunya.
Sumber: Bharian
Sumber Disengat ratusan tebuan ketika bermain depan rumah, adik dan kakak tak dapat diselamatkan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vpLozm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment