Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tuntutan Pengangguran US Bertambah Sebanyak 244,000 Minggu Lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tuntutan Pengangguran US Bertambah Sebanyak 244,000 Minggu Lalu

Jabatan Buruh US melaporkan penambahan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) kepada 244,000 bagi minggu berakhir pada 05 Ogos berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 241,000 tuntutan yang telah dikaji semula.

Data yang dikeluarkan ini lebih rendah daripada jangkaan penganalisis sebanyak 240,000 jumlah tuntutan pengangguran.

Jobless claims bermaksud jumlah penduduk yang pertama kali membuat permohonan insurans pengangguran. Ia juga dipanggil sebagai Unemployment claims.

Tuntutan atau permohonan faedah pengangguran berada di bawah 300,000 untuk 127 minggu berturut-turut yang paling lama sejak tahun 1970.

Jumlah penduduk yang masih menerima faedah pengangguran ini berkurangan kepada 1.951 juta pada minggu berakhir 29 Julai.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang pertumbuhan ekonominya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan domestik. Bagi meningkatkan perbelanjaan domestik, pasaran buruhnya mestilah dalam keadaan optimum. Untuk melihat keadaan optimum dalam pasaran buruh, kadar pengangguran haruslah berada di bawah dan tidak melebihi 5%.

Harus diingat data-data pekerjaan bagi negara seperti US adalah sangat penting bagi menentukan ekonomi US sedang berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya

Sepertimana pasaran memberi perhatian kepada data NFP (non-farm payroll) setiap bulan, data ini juga tidak kurang pentingnya kerana ia juga menggambarkan keadaan pasaran buruh semasa di US.

The post Tuntutan Pengangguran US Bertambah Sebanyak 244,000 Minggu Lalu appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hNVYNd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.