Hi! Welcome Back and Stay Tune! Misi Emas Chinlone Tercapai - Khairy - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Misi Emas Chinlone Tercapai - Khairy


KUALA LUMPUR: Kemampuan skuad chinlone meraih emas pertama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 buat Malaysia disifatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai satu misi yang berjaya disempurnakan barisan atlet dan jurulatih sukan itu.

Malaysia merangkul emas sulung berkenaan selepas mempamerkan aksi cemerlang dengan menewaskan Filipina 391-271 pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Titiwangsa, di sini hari ini.

"Emas ini sangat bermakna kerana ia merupakan emas pertama kejohanan (Sukan SEA Kuala Lumpur) dan memang kita sasarkan acara ini untuk jadi penyumbang emas pertama buat kem negara.

"Semua pemain tidak mengecewakan. Bermula dari timangan pertama lagi mereka sudah menunjukkan kehebatan mengawal bola," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir itu.

Khairy turut mengalungkan sendiri pingat emas ke leher semua atlet chinlone yang mengharumkan nama negara.

Turut hadir ketua kontingen negara Datuk Marina Chin.

Dalam pada itu, ketua jurulatih, Mohd Yusoff Abdullah berasa lega dan puas hati dengan prestasi dan pencapaian anak didiknya.

"Saya rasa seperti beban yang selama ini berada di atas kepala saya terus hilang dengan kejayaan anak buah saya mendapat pingat emas pada hari ini.

"Persembahan yang ditunjukkan mereka sangat baik. Saya lihat ini sebagai pencapaian peribadi saya setelah dua kali percubaan kita gagal sebelum ini iaitu di Sukan SEA Myanmar 2013 dan Sukan SEA Singapura 2015 yang lalu," katanya.

Turut berkongsi kegembiraan ialah ketua pasukan Negara, Mohammad Faiz Roslan yang berpendapat kejayaan pada edisi ke-29 Sukan SEA itu akan terus menyuntik semangat bukan saja atlet chinlone malah anggota kontinjen Malaysia yang lain.

Malaysia mempamerkan aksi bertenaga sejak di pusingan awal dengan mengumpul 376 mata diikuti Filipina dengan 293 dan Brunei 157 untuk layak ke perlawanan akhir.

Brunei mengutip pingat gangsa dalam pertandingan yang disertai tiga negara itu.

Selain Muhammad Faiz, pasukan chinlone yang meraih emas itu turut dibarisi Mohammad Kamal Aizat Azmi, Ab Muhaimi Che Bongsu, Putera Aidil Israfi Kamaruzaman, Muhamad Asyraaf Abd Hadi, Izuan Afendi Azlan, Mohd Nazuha Mohd Nadzli dan Iskandar Zulkarnain Salim. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i48BE9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.