Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tentera India Dan China Berbalah Isu Ceroboh Wilayah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tentera India Dan China Berbalah Isu Ceroboh Wilayah



NEW DELHI – Tentera India dan China terbabit dalam perbalahan di barat Himalaya semalam, kata sumber India.

Keadaan itu dengan sendirinya meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara yang terbabit dalam kebuntuan selama dua bulan di bahagian lain sempadan menjadi pertikaian itu.

Sumber di New Delhi yang diberi taklimat mengenai keadaan ketenteraan di sempadan berkata, tentera menggagalkan usaha tentera China memasuki wilayah India di Ladakh, berhampiran tasik Pangong.

Sebahagian tentera China membawa batang besi dan batu, manakala kecederaan dilaporkan pada kedua-dua pihak, kata sumber.

Kedua-dua pihak kerap saling menuduh menceroboh wilayah masing-masing, namun pertempuran jarang berlaku.

“Berlaku perbalahan berhampiran tasik Pangong,” kata pegawai polis di Srinagar, ibu negeri Jammu Kashmir yang ditadbir India.

Sumber tentera di Srinagar turut bercakap mengenai perkara itu berikutan apa yang disifatkan pencerobohan tentera China di kawasan tasik Pangong.

Tentera kedua-dua negara turut terbabit dalam ketegangan di kawasan Doklam di timur wilayah itu, satu lagi bahagian daripada sempadan pergunungan tidak ditandakan sepanjang 3,500 kilometer. – Reuters


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w0NmsB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.