Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najis Tikus Bersepah Di Restoran Piza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najis Tikus Bersepah Di Restoran Piza

RESTORAN Fab 4 Pizza di Liverpool diperiksa apabila seorang individu menghubungi Pegawai Kesihatan Alam Sekitar berkenaan pencemaran tikus pada tahun lepas.

Tikus tersebut sudah biasa makan makanan yang ditinggalkan di atas lantai sehingga haiwan itu tidak lagi memberi reaksi apabila diumpan, menyebabkan pegawai terpaksa menggunakan alternatif lain, kata pihak pendakwaraya.

Aduan berkenaan menyebabkan pemeriksaan mengejut dibuat pada 18 Mac tahun lepas sekaligus mendedahkan masalah mengejutkan termasuk najis tikus di pelbagai kawasan seperti tempat pemotong kebab, permukaan lantai, ketuhar dan peti sejuk.

Pihak polis juga menemui bangkai tikus, roti yang disimpan di atas lantai yang dipenuhi najis, minyak pelincir di permukaan dan sekeliling barangan serta berkotak-kotak daging mentah yang disimpan di atas kotak salad yang terbuka dan sedia untuk dimakan.

Pemilik restoran, Sadik Cicek, 47, diarahkan untuk membayar denda sebanyak £5,140 (RM28,579) oleh hakim di Mahkamah Majistret Liverpool, lapor Liverpool Echo.

Cicek, dari Jalan Leeseps do Toxteth, disahkan bersalah kerana melanggar lapan peraturan piawaian makanan yang berkaitan seperti tidak menjaga kebersihan restoran, kegagalan mengawal binatang perosak serta kelemahan sistem keselamatan dan pengurusan makanan.

 

“Pada 7 Mac 2016, majlis perbandaran menerima aduan daripada individu yang tidak dikenali menyatakan terdapat tikus di restoran itu dan pekerja restoran telah dimaklumkan, namun tidak diendahkan oleh mereka,” kata Catherine Ellis, pihak pendakwaraya di pihak Majlis Perbandaran Liverpool.

Cicek bersetuju untuk menutup restorannya demi menjalankan pembersihan dan menyelesaikan masalah-masalah itu.

Namun, pemeriksaan mengejut kali kedua pada 28 Julai 2016 menunjukkan masalah itu masih tidak diselesaikan di Fab 4 Pizza.

Kali ini, Cicek enggan menutup restorannya dan memaksa majlis perbandaran untuk mengeluarkan arahan rasmi daripada mahkamah.

Menurut Ellis, majlis perbandaran menjalankan pemeriksaan lagi pada 23 Februari tahun ini dan restoran itu masih kurang bersih dan terdapat najis tikus.

Cicek didenda sebanyak £2,640 (RM14,691) untuk kos pendakwaan dan bayaran tambahan mangsa sebanyak £30 (RM166).

Sumber: MStar



Sumber Najis Tikus Bersepah Di Restoran Piza

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uNYNjK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.