Rumahtangga Farawahida bergolak? tak pernah muatnaik gambar suami?
Dengarnya rumahtangga Farawahida dengan suaminya, Shukur Mohd Zain berantakkan, mana taknya spikulasi Farawahida yang jarang memuatnaik gambar suaminya di laman sosial menjadi persoalan.
Sehinggakan Hari Raya tahun ini gambar suaminya tiada dalam laman sosial Farawahida sendiri.
“Rumah tangga kami macam biasa. Tiada apa yang berubah pun. Ikutkan dari dulu lagi, jarang gambar suami dimuat naik di laman sosial.
“Suami pun tak suka nak dedahkan dirinya. Begitupun memang ada gambar kami berdua di laman sosial. Bukan tiada langsung. Cuma memang tak semua gambar kami dikongsi untuk tatapan umum.
“Macam Aidilfitri tahun ini, kami sempat beraya bersama. Cuma keadaan tidak berapa sesuai untuk kami ambil gambar, maka tak ada gambar kami beraya pun,”
Bakal genap empat tahun berkahwin, hujung tahun ini, persoalan menimang anak tidak lupa diajukan kepada Farawahida
“Baik saya dan suami, memang kami teringin untuk memiliki anak. Tapi belum ada rezeki ke arah itu.
“Seperti pasangan lain, kami pun nak lengkapkan rumah tangga dibina ini dengan kehadiran cahaya mata. Tapi kuasa Tuhan, semua itu belum menyebelahi kami,” katanya memetik BharianOnline
The post Rumahtangga Farawahida bergolak? tak pernah muatnaik gambar suami? appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w0pcON
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment