Ini Punca Harga Minyak Mentah Jatuh Tiga Hari Berturut-turut
Harga minyak mentah pulih pada sesi Asia hari ini apabila para pelabur melihat peluang untuk membeli selepas harga jatuh mendadak berikutan data bekalan minyak US yang bercampur semalam.
Di New York Mercantile Exchange, harga minyak West Texas Intermediate (WTI) untuk bulan September meningkat 0.28% kepada $46.91, manakala harga minyak brent di London Intercontinental Exchange pula meningkat 0.50% kepada $50.52 per tong setakat jam 12.30 tengahhari.
Harga minyak telah jatuh selama 3 hari sejak berturut-turut, selepas laporan bekalan minyak daripada Energy Information Administration (EIA) susut lebih daripada jangkaan, namun gagal melemahkan kebimbangan terhadap pengeluaran yang semakin meningkat.
Bekalan minyak jatuh 8.9 juta tong pada minggu lepas, melebihi jangkaan sebanyak 3 juta tong. Dan bekalan minyak telah jatuh selama tujuh minggu berturut-turut.
Pengeluaran minyak pula bertambah 9.052 juta tong sehari, meningkat 79,000 tong berbanding minggu sebelumnya. Angka tersebut merupakan angka tertinggi sejak pertengahan bulan Julai tahun 2015. Peningkatan yang mendadak pada pengeluaran meningkatkan kebimbangan pasaran sekaligus menekan harga minyak untuk terus jatuh.
Peningkatan bekalan gasolin (salah satu hasil daripada proses minyak mentah) turut menambah kebimbangan terhadap lebihan pengeluaran minyak kerana penganalisis menjangkakan permintaan akan berkurangan berikutan musim panas hampir tamat.
The post Ini Punca Harga Minyak Mentah Jatuh Tiga Hari Berturut-turut appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vFz3c3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment