KLIA Diperbesarkan Lagi Selepas Tahun 2020
KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang untuk memperbesarkan dan menambah lagi terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tahun 2020.
Ia bagi mengatasi masalah kesesakan teruk di lapangan terbang utama negara tersebut yang semakin kritikal ketika ini dalam jangka masa panjang.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, jumlah penumpang di KLIA naik dengan mendadak sehingga 100 peratus dalam tempoh 2007 hingga 2016.
“Ini merupakan satu kejayaan buat negara kerana berjaya menjadikan KLIA sebagai pusat transit di rantau ini setanding dengan Changi, Singapura dan Bangkok, Thailand.
“Kerajaan telah membuat penelitian mengenai kesesakan yang berlaku dan mempunyai perancangan membesarkan serta menambah terminal di KLIA selepas tahun 2020,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd. Salim Sharif dalam sidang Dewan Negara semalam.
Dalam pada itu, Ab. Aziz berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sentiasa kawal selia dan larang sebarang tindakan atau bentuk persaingan yang tidak adil di antara syarikat penerbangan yang beroperasi di negara ini.
“Mavcom tidak menetapkan jadual waktu penerbangan untuk setiap syarikat penerbangan. Jadual penerbangan tertakluk kepada waktu operasi yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan itu sendiri,” katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Abdullah Mat Yasim yang bertanya mengenai isu persaingan antara syarikat penerbangan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fNggG7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment