Hi! Welcome Back and Stay Tune! KPM tubuh jawatankuasa pantau 'sekolah panas' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KPM tubuh jawatankuasa pantau 'sekolah panas'



KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri bagi memantau sekolah dikategorikan sebagai 'sekolah panas' susulan masalah disiplin pelajar.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jawatankuasa di peringkat negeri itu susulan tindakan diambil di peringkat kementerian yang bekerjasama dengan agensi lain dalam usaha menangani masalah disiplin pelajar.

Katanya, selain kementerian, turut terbabit dalam jawatankuasa itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), badan bukan kerajaan (NGO), ibu bapa dan alumni sekolah.

"Penubuhan jawatankuasa berkenaan bagi menangani sekolah yang mempunyai masalah disiplin, jenayah dan dadah membabitkan pelajar," katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan PDRM yang menyenaraikan 402 sekolah seluruh negara yang dikategorikan sebagai 'sekolah panas' berikutan masalah disiplin.

Terdahulu beliau merasmikan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, Kepala Batas yang mempunyai Digital Maker Hub pertama di negara ini bagi meningkatkan penguasaan teknologi digital dalam kalangan murid.-HMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fNvIlx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.