Pukul Dan Tarik Baju Gadis Disyaki Mengintip Sehingga Terselak
Sejak sejam lalu tular di laman sosial Facebook tiga buah video yang memaparkan gelagat irang kampung di Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang bertindak memukul seorang wanita selepas ditangkap mengintip sebuah rumah penduduk kampung.
Memetik laporan Harian Metro, gelagat mencurigakan wanita berusia lingkungan 20 tahun itu mengintip sebuah rumah telah disedari oleh seorang penduduk sebelum bertindak mengepungnya dengan beberapa orang yang lain.
Sebaik dicekup kami bertanya tujuan apa dia mengintip rumah orang.Bagaimanapun dia gagal menjawab sebaliknya meronta untuk melepaskan diri,” katanya.
Menurut beliau, penduduk kampung terus mendesak supaya wanita berkenaan memberitahu siapa yang menyuruhnya mengintip rumah orang.Walaupun didesak tetapi wanita berkenaan tidak beritahu tujuannya berbuat demikian.Sebaliknya dia berkata ‘sat chek nak ‘explain’,” katanya.
Wanita berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Tiga video wanita berkenaan dipukul tular di media sosial petang ini di mana ia menimbulkan kemarahan netizen.
Mana tidaknya, hanya kerana mengintip, wanita itu ditampar, dipukul dan rambut ditarik tanpa belas kasihan oleh penduduk, apa yang lebih teruk menimbulkan kemarahan netizen adalah gelagat beberapa orang lelaki yang dilihat memukul dan bajunya ditarik sehingga terselak menampakkan perut serta pakaian dalam suspek.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uQIORN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment