Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebahagian Jambatan Pulau Pinang Ditutup Setahun Bermula 22 Ogos Untuk Kerja-Kerja Penyelenggaraan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebahagian Jambatan Pulau Pinang Ditutup Setahun Bermula 22 Ogos Untuk Kerja-Kerja Penyelenggaraan


Sebahagian Jambatan Pulau Pinang Ditutup Setahun Bermula 22 Ogos Untuk Kerja-Kerja Penyelenggaraan - Jambatan Pulau Pinang akan ditutup selama setahun untuk kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan berjadual jambatan, yang akan dilakukan secara berkala.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan PLUS Malaysia Berhad, penutupan lorong dan lencongan trafik akan dilaksanakan bermula 22 Ogos tahun ini sehingga 21 Ogos 2018.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, kerja-kerja penyelenggaraan tersebut adalah antara kerja-kerja berjadual.

"Ia dilaksanakan bagi memastikan struktur kabel Jambatan Pulau Pinang berada pada tahap yang terbaik untuk keselamatan orang ramai", katanya.

Kabel merupakan elemen utama bagi Jambatan Pulau Pinang, dan ianya perlu diperiksa secara menyeluruh dalam jangkamasa tertentu yang telah ditetapkan iaitu setiap 4 tahun.

"Penutupan melibatkan Laluan Arah Timur (Pulau Pinang ke Seberang Prai) selama 6 bulan pertama dan Laluan Arah Barat (Seberang Prai ke Pulau) bagi 6 bulan yang berikutnya", jelas Fuad.

Justeru itu PLUS menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan, supaya menggunakan alternatif lain seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Atau pun boleh menggunakan perkhidmatan feri untuk menikmati perjalanan yang lebih selesa dalam tempoh tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat trafik terkini, orang ramai boleh melayari Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile App atau pun aplikasi Waza dan Google Maps.


Sumber: Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2whx2U7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.