“Tunggu kenyataan rasmi saya” – Hafiz Hamidun jawab dakwaan rumah tangga bermasalah
Penyanyi Hafiz Hamidun meminta semua pihak memberi masa untuknya bagi menjelaskan mengenai situasi sebenar perkahwinan yang baru tiga bulan dibina dengan pengusaha kosmetik, Joy Revfa.
Hafiz, 33, turut meminta rakan-rakan media agar bersabar buat sementara waktu kerana satu kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan dibuat.
Baca: Rumah tangga Joy Revfa dan Hafiz Hamidun dilanda badai?
“Tunggu kenyataan rasmi saya” – Hafiz Hamidun jawab dakwaan rumah tangga bermasalah
“Saya minta semua pihak bersabar kerana satu kenyataan rasmi akan saya buat mengenai hal ini,” ujar Hafiz kepada mStar Online ketika dihubungi awal pagi Khamis.
Hafiz bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci mengenai spekulasi keruntuhan rumah tangganya sehinggalah pihak media dipanggil dalam satu pertemuan yang sedang diatur.
Sejak malam Rabu, beberapa media dalam talian melaporkan mengenai kedudukan rumah tangga Hafiz apabila pasangannya, Joy Revfa atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 30, memberi bayangan mengenai masalah rumah tangga mereka menerusi kapsyen yang ditulis di laman Instagram miliknya.
Kedua-dua pasangan berkenaan juga dikatakan tidak lagi berkongsi gambar-gambar mereka di laman sosial masing-masing.
Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam dekat sini pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.
Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.
Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.
Sumber: Mstar
Sumber “Tunggu kenyataan rasmi saya” – Hafiz Hamidun jawab dakwaan rumah tangga bermasalah
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uInTzt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment