Hi! Welcome Back and Stay Tune! 1,000 Unit Rumah PPR Akan Dibina Di Baling - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

1,000 Unit Rumah PPR Akan Dibina Di Baling

BALING – Sebanyak 1,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan harga bawah RM35,000 seunit akan dibina secara berperingkat di daerah ini bermula hujung tahun ini.

Anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pembinaan rumah PPR itu adalah khusus untuk golongan muda yang bekerja kilang.

“Kita sudah mendapat kelulusan termasuk daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala pembinaannya akan bermula hujung tahun ini di Kampung Charok Sikin, Gua Reban.

“Sebagai permulaan sebanyak 500 unit akan dibina dan bakinya akan dibina kemudian,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program Penyerahan Elaun Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Baling hari ini.

Beliau berkata rumah tersebut berbentuk teres tiga bilik berbanding PPR lain.

Abdul Azeez juga berkata pihaknya sedang berusaha menarik ramai pelabur tempatan dan antarabangsa melabur di daerah ini dengan membina lebih banyak kilang.

“Dengan adanya skim perumahan sebegini (PPR) dan lebih banyak peluang pekerjaan, kita mahu orang muda kekal menetap di sini. Tak perlu lagi berhijrah ke tempat lain untuk memiliki rumah dan pekerjaan,” katanya.

Beliau turut menyerahkan bantuan wang tunai berjumlah antara RM8,000 hingga RM10,000 kepada tiga mangsa kebakaran di Mukim Siong baru-baru ini. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wDlKpC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.