Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli politik gagalkan pembinaan negara bangsa, kata sidang meja bulat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli politik gagalkan pembinaan negara bangsa, kata sidang meja bulat

Terdapat segelintir masyarakat yang enggan menerima kenyataan negara ini mempunyai rakyat berbilang kaum, kata Siddiq Fadzil.

Siddiq-Fadzil-pembinaan-negara-bangsaSHAH ALAM: Ahli politik yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan antara punca kegagalan pembinaan negara bangsa Malaysia, kata ahli panel sidang meja bulat Pusat Kajian Pembinaan Bangsa.

Penasihat Pusat Kajian Perpaduan Rakyat di Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Siddiq Fadzil berkata, terdapat segelintir masyarakat yang enggan menerima kenyataan negara ini mempunyai rakyat berbilang kaum.

“Saya tidak percaya sentimen perkauman telah dipadam ianya masih disimpan.

“Ada masyarakat yang tidak mahu menerima kenyataan Malaysia ini berbilang bangsa dan masih ada yang bermimpi ingin mendirikan kerajaan 100% Melayu,” katanya ketika sesi sidang meja bulat anjuran Institut Darul Ehsan (IDE) di sini.

Beliau berkata, kenyataan politik yang menggelar DAP sebagai kafir harbi atau orang kafir yang layak diperangi oleh sesetengah individu juga amat berbahaya dalam konteks negara berbilang bangsa dan agama.

“Kenyataan sedemikian tidak mewakili individu itu sahaja, ia mewakili segolongan masyarakat Malaysia yang berfikiran sedemikian,” katanya.

Salah seorang panel meja bulat tersebut, Mazlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata keadaan itu diburukkan lagi dengan penggunaan media sosial yang semakin meluas.

“Media sosial mempamerkan di sebalik kebenaran, di samping penggunaan visual dan perkataan.

“Pengguna media sosial bercakap perkara yang mereka mahu tanpa sekatan dan banyak isu ketegangan kaum dicetuskan akibat media sosial,” kata pensyarah itu.

Menurutnya lagi, slogan politik seperti 1Malaysia tidak akan berkesan dalam menyatukan rakyat atau membina negara bangsa kerana ianya hanyalah slogan bermusim tanpa isi.

“Kita perlukan naratif baru hubungan antara kaum dan agama. Konsep 1Malaysia slogan politik dan kosong tanpa apa-apa pengisian. Kita perlukan lebih aksi berbanding slogan,” katanya.

Turut menjadi panel dalam program meja bulat itu aktivis kesenian Eddin Khoo, Ketua Pegawai Operasi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Tricia Yeoh, dan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Denison Jayasooria.

Denison berkata, beliau mengharapkan agar ahli politik memainkan peranan menyatupadukan rakyat.

“Politik memecahbelahkan kita. Jika ahli politik tidak mampu menyatupadukan rakyat saya harapkan ahli akademi perlu memainkan peranannya,” katanya.

Program meja bulat itu turut menyaksikan pelancaran pusat kajian perpaduan masyarakat oleh IDE oleh Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Mohammad Redzuan Othman.

Dalam ucapannya, Redzuan berkata perbezaan yang ada di Malaysia seharusnya tidak dilihat sebagai kelemahan sebaliknya dijadikan kekuatan oleh rakyatnya.

“Kepelbagaian seharusnya dilihat sebagai satu sumber kekuatan yang menyegarkan, bukannya sebagai kelemahan yang menyukarkan.

“Di sebalik wujudnya perbezaan kaum dan agama, sebenarnya wujud sekian banyak persamaan dari segi nilai dan prinsip fundamental yang seharusnya dibangun dan dikembang menjadi elemen persefahaman dan perpaduan dalam membentuk dasar dan program.

“Yang memperkukuh bangsa Malaysia dalam erti kata yang sebenar,” katanya ketika merasmikan program tersebut.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Ahli politik gagalkan pembinaan negara bangsa, kata sidang meja bulat

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xkdsqI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.