Kadar Pendapatan UK Kurang Dari Jangkaan, GBP/USD Jatuh 60 Pip
Kadar pengangguran di United Kingdom dalam tempoh tiga bulan sehingga Julai susut kepada 4.3% daripada 4.4% sebelum ini dan juga jangkaan pasaran 4.4%.
Gunatenaga atau tambahan pekerjaan meningkat 181,000 dalam tempoh tiga bulan terkini yang tertinggi sejak suku keempat 2015. Kadar gunatenaga meningkat ke paras tertinggi 75.3% dari 75.1% sebelum ini.
Manakala jumlah tuntutan pengangguran (claimant count) jatuh 2,800 pada Ogos berbanding jangkaan tambahan sebanyak 1,000 pada tempoh tersebut.
Apa yang paling penting dalam data pekerjaan kali ini adalah indeks purata pendapatan (Average earning index) yang kekal di paras 2.1%. Jangkaan pasaran untuk data ini adalah 2.3% yang mana lebih tinggi daripada data sebenar.
Data secara keseluruhan menggambarkan pasaran buruh UK yang kukuh, namun kurangnya tekanan ke atas terhadap pertumbuhan pendapatan menyebabkan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah Bank Of England merosot dalam jangka pendek.
Matawang Sterling (GBP) melonjak pada Selasa apabila data harga pengguna (CPI) naik melebihi jangkaan pasaran. Hal ini menyebabkan spekulasi bahawa bank pusat akan semakin hampir kepada menaikkan kadar faedah. Namun, data pendapatan pekerja yang kurang daripada jangkaan pada Rabu menyebabkan Sterling tertekan dan jatuh hampir 60 pip selepas data dikeluarkan.
The post Kadar Pendapatan UK Kurang Dari Jangkaan, GBP/USD Jatuh 60 Pip appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f4fdls
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment