Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pangkalan Data Equifax Digodam – Maklumat Peribadi Beratus Juta Pengguna Dikompromi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pangkalan Data Equifax Digodam – Maklumat Peribadi Beratus Juta Pengguna Dikompromi

Pangkalan data syarikat pelapor kredit pengguna Equifax didapati telah diceroboh pada minggu lepas, dan dikhuatiri bahawa maklumat peribadi lebih 100 juta rakyat Amerika, termasuklah nombor social security, alamat rumah dan sebagainya dikompromi.

Syarikat Equifax ini membantu institusi-institusi kewangan memerhati jika pengguna-pengguna ini boleh diberikan pinjaman kewangan ataupun kredit tambahan. Buat masa ini, syarikat tersebut masih tidak berkata apa-apa mengenai maklumat tersebut tersebar ke arena web, tetapi, oleh kerana maklumat-maklumat yang disimpan di dalam pangkalan data tersebut adalah sangat sensitif, Equifax bertanggungjawab terhadap pengguna-pengguna ini kerana ada kemungkinan bahawa maklumat di dalam pangkalan data tersebut telahpun diubahsuai.

Terbaru, Krebs on Security telah melaporkan lagi bahawa cawangan Argentina syarikat Equifax dikatakan mempunyai masalah keselamatan yang cukup merbahaya. Didapati bahawa sistem atas-talian mereka boleh diakses dengan gabungan nama pengguna dan kata laluan admin/admin.

Sistem atas-talian ini membantu agen-agen Equifax untuk menyelesaikan masalah pertikaian kredit, dan mengandungi maklumat pekerja, dan akses yang diberikan melalui ID ini membolehkan pengguna mengubahsuai maklumat yang terkandung di dalam sistem tersebut.

Pihak Equifax telahpun menutup sistem atas-talian tersebut, dan dikatakan sedang melakukan beberapa perubahan untuk memastikan sistem tersebut lebih selamat dari sebelum ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wotSKM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.