“InsyaAllah, kalau confirm ada isi hamil saya akan beritahu” – Reaksi Nedim Nazri bila Nora Danish dikatakan hamil
SELEPAS enam bulan berkahwin, timbul khabar angin mengatakan pelakon Nora Danish sudah berbadan dua apabila terdapat perubahan selepas perkongsian fotonya di laman sosial sejak kebelakangan ini.
Dalam satu foto yang dimuat naik Nora, netizen mula memperkatakan kononnya dia sudah hamil kerana perkongsian itu seperti menampakkan baby bumpnya.
Menerusi satu mesej yang dikirimkan kepada mStar Online, suami Nora iaitu Nedim Nazri memberi rekasi berhubung desas-desus kehamilan isterinya dengan meminta mereka diberi sedikit masa sebelum membuat apa-apa pengesahan mengenai perkara itu.
“InsyaAllah, kalau confirm ada isi (hamil) saya akan beritahu,” ujarnya kepada mStar Online pada Selasa.
Terdahulu, ruang komen di foto yang dikongsi Nora menerusi laman Instagramnya pada majlis perkahwinan aktres Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran pada Jumaat lalu juga dipenuhi pertanyaan peminat yang melihat perut pelakon tersebut umpama ada ‘baby bump’.
Nedim berkahwin dengan Nora Danish pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup selepas tiga tahun bercinta.
Sumber: Mstar
Sumber “InsyaAllah, kalau confirm ada isi hamil saya akan beritahu” – Reaksi Nedim Nazri bila Nora Danish dikatakan hamil
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y5WYk6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment