Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Dalam Perut Lagi Sudah Ada Akaun Instagram?” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Dalam Perut Lagi Sudah Ada Akaun Instagram?”

Mencipta akaun Instagram untuk anak di kalangan selebriti bukanlah perkara pelik tetapi apa yang lebih hebat lagi pasangan yang bakal menyambut kehadiran cahaya mata pertama, Amar Baharin dan Amyra Rosli sudah membuka akaun Instagram untuk anaknya yang masih dalam perut.

BACA: Amyra Rosli, Suami Bakal Timang Anak Lelaki

Mengikut kepada penyiasatan sendiri, pasangan itu mencipta akaun Instagram untuk anaknya yang dinamakan Amyramarjr. Bagaimanapun akaun terbabit diletakkan dalam mod peribadi dan sudah mempunyai 20 gambar- tidak pasti pula gambar apa yang dimuat naik kerana akaun dibuat dalam mod peribadi.

Bayi lelaki yang bakal lahir pada Oktober itu nanti nampaknya sudah mempunyai 15,000 pengikut di Instagram, pasti semua peminat Amyra dan Amar tidak sabar ingin melihat wajah comel bayi itu bukan. Namun seperti biasalah pasti ada yang tidak senang dengan perkara tersebut, mana mungkin bayi yang belum lahir sudah ada Instagram kan.


Manakala di laman Twitter pula, ramai menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pasangan itu kerana melihat tiada keperluan mencipta akaun seperti itu sebelum bayi lahir. Malah ada juga yang agak kasar memberikan pendapat jika sesuatu terjadi kepada kandungan itu. Mungkin kerana peminat sayang dan mengambil berat tentang pasangan ini.

Apapun semoga perjalanan Amyra melahirkan bayi sulung mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Tidak sabar juga ingin melihat wajah bayi comel bayi sulung mereka di Instagram nanti! (rtky/w)


Video panas artis Malaysia




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wpa4XE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.