Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Kes Jenayah Paling Kejam Yang Dilakukan Oleh Individu Berpakaian Badut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Kes Jenayah Paling Kejam Yang Dilakukan Oleh Individu Berpakaian Badut

pogo the clown john wayne gacy

Filem IT akan ditayangkan tak lama lagi. Pada kami dari team Iluminasi, kami setuju filem ini adalah antara filem paling memberi kesan kepada kami membesar.

Dengan dua filem berasingan yang menceritakan mengenai insiden kemunculan badut yang menyeramkan sewaktu watak-watak itu kecil sehingga mereka dewasa, filem IT yang baru diharapkan dapat menyaingi atau menambahbaik elemen supernatural yang ada dalam filem klasik itu.

Jika watak jahat filem IT ditunjukkan sebagai seorang badut kejam, adakah ada berlaku jenayah-jenayah yang dilakukan oleh badut? Ada. Berikut adalah 5 jenayah paling kejam yang dilakukan oleh badut di serata dunia.

1. Badut pembunuh yang terlepas hukuman

marlene warren bunuh badut michael warren

Pada 26 Mei 1990, jam baru 10:45 pagi di Wellington, Florida, Marlene Warren membuka pintu rumahnya dan mendapati seorang badut berdiri sambil memegang sejambak bunga dan dua belon berilustrasi Snow White. Serentak dengan itu badut tersebut menembak Marlene di muka dan Marlene meninggal di hospital dua hari kemudiannya. Warren, anak Marlene cuba mengejar badut tersebut yang melarikan diri dengan kereta berwarna putih, namun gagal mengenalpasti sebarang maklumat.

Suspek utamanya adalah suami Marlene, Michael. Siasatan polis tidak mendapati sebarang bukti, namun berjaya menimbulkan isu hubungan Michael dengan wanita lain yang juga pekerjanya serta nilai perlindungan insurans Marlene yang besar, yang boleh menjadi motif. Namun suspek utama adalah wanita yang menjadi perempuan simpanan Michael.

Dia dikenalpasti membeli bunga dan belon itu di kedai berdekatan rumahnya dan pekerja kedai sewa baju mengecam wanita itu sebagai individu yang menyewa pakaian tersebut, namun bukti kukuh mengaitkan wanita itu dengan pembunuhan tersebut belum ditemui. Sehingga kini kes ini belum diselesaikan.

2. The Wasco Clown

wasco the clown

Pada 2014, beberapa orang badut bersenjata menggemparkan penduduk di daerah Wasco dan Bakersfield, California. Semuanya bermula apabila sepasang kekasih memuatnaik gambar mereka dalam pakaian badut menakutkan yang kemudiannya ditiru oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

Seorang remaja ditahan kerana mengejar kanak-kanak ketika berpakaian badut namun individu-individu lain yang bersenjata tidak dapat ditahan.

3. Klutzo the Clown

klutzo the clown paul

Pada Oktober 2007, seorang lelaki bekas polis dan ahli gereja yang bertugas sebagai seorang badut di gereja-gereja ditangkap kerana memiliki bahan pornografi kanak-kanak ketika sedang dalam perjalanan untuk melakukan seks dengan individu bawah umur.

Paul Carlock Jr. yang telah memegang watak Klutzo the Clown selama lebih 10 tahun, baru saja pulang daripada Filipina ketika ditahan di lapangan terbang. Siasatan ke atas kamera beliau mendapati kandungan memorinya penuh dengan gambar kanak-kanak bawah umur dalam keadaan memalukan. Paul memberi alasan yang gambar tersebut diambil untuk menunjukkan kedaifan pusat jagaan kanak-kanak di FIlipina.

Siasatan lanjut mendapati 3 kanak-kanak Filipina mengaku diraba oleh Paul dan penyiasat menjumpai 21 video lucah kanak-kanak di rumahnya. Menafikan semua tuduhan, Paul dijatuhkan hukuman penjara sementara menunggu perbicaraan. Dia meninggal sebelum sempat dibicarakan.

4. Bulan Badut Mengganas di Perancis

france diserang badut

14 orang ditangkap ketika mengejar orang ramai dengan bersenjatakan pistol, pisau dan kayu besbol di Perancis, pada bulan Oktober tahun 2014.

Pada bulan yang sama, seorang lelaki berpakaian badut ditahan selepas membelasah seorang pejalan kaki dengan batang besi di Montpellier. Seorang pelajar cedera diserang seorang badut yang menyerangnya dengan kapak. 4 orang badut menakutkan sebuah sekolah di Lievin.

Seperti menjadi satu trend, kemunculan badut-badut itu menakutkan orang ramai sehingga badan berkuasa mengharamkan penggunaan pakaian badut pada November 2014. Semuanya bermula dengan sebuah video prank dari Youtube yang menjadi inspirasi kepada semua kes yang menakutkan seluruh Perancis

5. Pogo the Clown

pogo the clown

Pogo the Clown adalah avatar kepada pembunuh bersiri terkenal, John Wayne Gacy. Selepas dibebaskan dari penjara selama 10 tahun atas kesalahan sodomi terhadap remaja bawah umur, John berpindah ke daerah Des Plaines, Illinois untuk memulakan hidup baru. DIa mula berkhidmat sebagai Pogo the Clown, badut yang meraikan hari jadi dan selalu berkunjung ke hospital.

Dengan menggunakan samarannya bagi mengenalpasti mangsa, John berjaya mencabul, merogol dan membunuh 33 orang budak lelaki dari tahun 1972 hingga tahun 1978. John disabitkan dalam 12 tahun dan dihukum mati menggunakan suntikan beracun pada 9 Mei 1994.

Semasa menunggu hukuman mati, John menghabiskan masanya dengan melukis dirinya dengan berpakaian seperti Pogo the Clown, yang sebenarnya jauh lebih menakutkan berbanding watak Pennywise dalam filem IT.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vUf2w8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.