Hi! Welcome Back and Stay Tune! Punca Datuk Aliff Syukri Berang Dengan Ramli MS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Punca Datuk Aliff Syukri Berang Dengan Ramli MS

datuk aliff syukri berang dengan ramli ms

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Pengasas kosmetik Datuk Aliff Syukri tidak berpuas hati dengan keputusan AF Megastar yang diumumkan pada penghujung Konsert Homecoming Ahad lalu.

Sejurus selepas program berakhir, Aliff memuat naik sebuah video di laman Instagramnya yang memaparkan ketidakpuasan hatinya terhadap juri profesional.

Dalam video itu, pengasas produk kecantikan D’ Herbs yang juga merupakan penaja program itu tampil berhadapan dengan juri tetap AF Megastar, Datuk Ramli MS. Juga kelihatan dalam video adalah pengarah popular Michael Ang.

Aliff yang nampak "panas" mempersoalkan secara empat mata kepada Ramli, "Saya tak puas hatilah, kenapa penyanyi kegemaran saya, Mila tersingkir? Saya rasa Datuk tak reti pilih ni.”

Ramli yang pada awalnya terkejut dengan terjahan spontan Aliff, namun sebaik sahaja diajukan pertanyaan itu dia hanya bersifat tenang.

Ternyata pengarah muzik itu mempunyai jawapan kukuh yang akhirnya membuatkan Aliff terdiam.

“Esok buka TV sendiri, boleh pilih siapa yang nak pilih. Duit banyak,” balas Ramli yang cukup "win"!

Video itu sehingga kini ditonton lebih 180 ribu kali dan rata-rata netizen terhibur dengan jawapan balas Ramli pada Aliff.

Difahamkan, Aliff tidak gembira melihat beberapa calon yang dirasakannya layak ke AF Megastar tetapi tidak mendapat tempat di hati juri. Selain Mila, Aliff turut menyuarakan sokongan kepada Juara Akademi Fantasia 4, Faizal dan bekas pelajar Akademi Fantasia 1, Rosma.

Terdahulu, 12 bekas pelajar Akademi Fantasia disingkirkan daripada penyertaan ke konsert mingguan. Mereka adalah Zahid, Adam, Firman, Ara, Amylea, Faizul, Anding, Nubhan, Rosma, Aril, termasuk Faizal dan Mila.

Manakala 12 peserta yang disenarai pendek ke peringkat seterusnya adalah Syamel, Adira, Ewal, Indah, Bob, Idayu, Marsha, Amir Jahari, Shahir, Sufi, Azhar dan Amir.

Selain Ramli, guru vokal Syafinaz Selamat dipilih sebagai juri tetap bersama penyanyi Ziana Zain sebagai juri undangan untuk dua konsert pertama.

AF Megastar disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria, setiaphari Ahad, jam 9 malam.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x0ZolC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.